Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Friday, November 9, 2012

BACK TO THE FUTURE ~ CUKUP PENTING! CHELSEA 3 - SHAKTAR DONESTK 2.

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 11:35 AM, under ,,, | No comments

Salam to all...

Back to the winning ways. Chelsea 3 - Shahktar Donestk 2. Keputusan yang benar-benar cukup penting bukan sahaja demi meneruskan perjuangan mempertahankan kejuaraan tetapi juga maruah sebagai King of Europe.




Tiada lagi persoalan, kemenangan minit akhir Chelsea ke atas S. Donestk sememang satu keputusan yang cukup penting bagi Chelsea melayakkan diri ke pusingan seterusnya nanti. 2 perlawanan mendatang bertemu Juventus di Turin dan lauk Nordjelands di Stamford Bridge. Dengan kemenangan dengan S.Donetsk, di atas kertas, Chelsea berada di laluan yang betul. Tidak banyak pasukan yang mampu mencabar Chelsea dalam bukan 1 tetapi 2 perlawanan musim ini tetapi sekali lagi karekter Chelsea dan sikap never say die telah memberikan keputusan yang diinginkan dalam perlawanan dengan S. Donetsk yang cukup sukar ini.

Apa yang dapat kita lihat dalam perlawanan semalam? Hakikatnya, S.Donestk sememangnya bukan pasukan yang boleh dipandang mudah semalam. S. Donestk semalam sekali lagi telah memberikan input kepada Chelsea bagaiman formation yang digunapakai Chelsea perlu dilaksanakan sebaiknya. Yup, separuh masa pertama semalam Chelsea seakan hilang dengan S.Donestk memberikan satu saingan yang cukup memberi pengajaran kepada Chelsea.

Mungkin org akan kata gila bagi sesiapa mengatakan yang separuh masa pertama semalam Chelsea ketinggalan memandangkan Chelsea menamatkan separuh masa mendahului 2-1. Apapun, jika kita benar-benar kita perhatikan, kedudukan 2-1 tidak menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku di separuh masa pertama. Dua gol Chelsea hadir dari peluang yang direbut Torres daripada kesilapan pertahanan/keeper S.Donetsk dan satu lagi dari rembatan yang menarik Oscar dari jarak 40 meter. Inilah gol keempat Oscar dalam 4 perlawanan UCL setakat ini.


Chelsea berjaya mencipta beberapa peluang yang baik untuk menjaringkan gol tetapi S. Donestk sebenarnya telah berjaya membuka ruang-ruang untuk serangan berbahaya melalui bahagian kiri Chelsea. Winger S.Donestk, Srna berjaya melakukan fungsinya sebagai winger kanan dengan seorang holding midfielder mereka kekal di antara 2 centre back dan Chelsea kelihatan seperti terdedah dari masa ke semasa di bahagian kiri. Ryan Bertrand yang dipertanggungjawab untuk mengawal bahagian ini dilihat sukar menanganinya.

Bagi Malaysian Blues, Ramires bermain terlalu kehadapan dan dia lebih diperlukan untuk berada side by side dengan Mikel. Dua pemain ini perlu memberikan protection dihadapan barisan pertahanan dan David Luiz boleh bergerak lebih kebahagian tepi untuk memberikan bantuan covering kepada Bertrand. Ini tidak berlaku dan memberikan Srna ruang yang dicari yang memberikan gol S. Donetsk melalui Willian.


Perkara yang sama berlaku bila bermulanya separuh masa kedua dan sekali lagi kombinasi Srna dan Willian mengoyakkan barisan pertahanan Chelsea dan Willian menjaringkan gol penyamaan. S. Donestk memperlihatkan bagaimana Chelsea perlu lebih fokus dengan formasi yang digunakan dan Malaysian Blues  harapkan RDM telah nampak tentang masalah ini. Dua perlawanan menentang S.Donestk, ini apa yang dapat kita pelajari. S.Donestk kini telah mula dilihat sebagai satu pasukan yang mencabar diperingkat Eropah.

Ok, bagaimana pula dengan Chelsea? Yup, Juan Mata dapat dilihat lebih bertenaga di separuh masa kedua dan menggerakkan permainan. Eden Hazard pun sama dan memberikan ancaman kepada S.Donestk setiap kali bola dikakinya.


Apapun, Malaysian Blues kadangkala confuse dan tak faham mengapa Chelsea tidak menerima sepakan penalti di separuh masa kedua selepas Ramires dijatuhkan Srna dalam kotak penalti. Juga tak faham mengapa Fernandinho langsung tak menerima sebarang kad kuning selepas menjadi punca 7 atau 8 sepakan percuma Chelsea.

Ok, Apa yang dapat dirumuskan tentang Chelsea musim ini adalah merupakan pasukan yang bermain dengan style baru yang mana menjadi kekuatan Chelsea ketika ini. Walaupun ketika kita didominasi pihak lawan, kita sebenarnya berkeupayaan dari semua bahagian dan kembali kepada formasi dan sentiasa dilihat cukup bersedia melakukan counter attack. Set pieces juga merupakan satu point utama yang kuat bagi Chelsea dan Malaysian Blues percaya kita semua lega melihat Victor Moses muncul tidak dikawal untuk meledak tandukan kencang ketika menjaringkan gol kemenangan Chelsea semalam. S. Donestk mungkin pasukan yang bagus tetapi meraka tidak mampu mempertahankan set pieces Chelsea



Seperti yang Malaysian Blues katakan, keputusan menentang S. Donestk ini cukup-cukup penting buat Chelsea. Kemenangan di minit-minit akhir perlawanan ini benar-benar melegakan.Perlu diingat jika kita sekadar seri dan hanya mengutip 1 mata dari perlawanan ini kita akan berada dikedudukan ketiga dibelakang S.Donestk dan Juventus di tempat kedua. Next trip ke Juventus akan menjadi lebih sukar. S. Donestk akan memenangi kumpulan ini atau perjalanan Chelsea semakin sukar. Hakikatnya kemenangan ini sememangnya cukup-cukup penting buat Chelsea.


Dengan ketiadaan Terry, Cole, Lampard ataupun mungkin Drogba dalam perlawanan semalam yang mana Chelsea amat-amat memerlukan kemenangan, dapat kita lihat Chelsea yang baru kini mampu untuk melaksanakan tugasan dan ini cukup penting bagi The Blues. Juan Mata, Eden Hazard dan Ramires semuanya memberikan apa yang kita inginkan semalam dan menunjukkan kepada RDM dan semua peminat Chelsea bahawa Chelsea mampu melakukannya.


Chelsea selepas ini akan bertandang ke Turin dan Malaysian Blues yakin jika Chelsea mampu memenaangi perlawanan ini ditempat lawan. Selepas itu kita akan menerima kunjungan Nordjealands yang sepatutnya tidak ada masalah untuk kita layan.

 

Chelsea 3 - S. Donestk 2. Satu keputusan yang cukup penting dalam kedudukan dalam kumpulan, cukup penting untuk Chelsea, cukup penting untuk RDM dan semuanya. Now... looking foward.

MALAYSIAN BLUES: Adakah anda melihat kelibat Drogba dalam perlawanan semalam? Yup... Malaysian Blues melihatnya...



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives