Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Thursday, November 1, 2012

MALAYSIAN BLUES VERDICT: CHELSEA 5 - MU 4 ~ CAPITAL ONE CUP MILIK KITA?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 4:55 PM, under ,,,, | No comments

Salam to all...

Capital One Cup 4th Round. Stamford Bridge, London. 
120+ minit permainan extra time. 9 gol. Full time: Chelsea 5 - Man United 4. 

Superb Hazard... Flying high!
Mata masih pedih lagi. Azan subuh dah berkumandang pagi tadi match tak abis lagi. Apapun puas hati. Amazing comeback Chelsea. Cukup dramatik. Selepas 3 kali ketinggalan dan kurang setengah minit lagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Capital One Cup, detik masanya tiba The Blues memberitahu sekali lagi kepada dunia mengapa nama kita CHELSEA! 

What a respond by The Blues. 3 kali MU mendahului dengan gol daripada kuda tua mereka Ryan Giggs, Javier Hernandez dan Nani. 3 kali juga Chelsea memberikan respon dengan gol David Luiz (penalti), Gary Cahill dan Eden Hazard (penalti).

Ketika penyokong Setan Merah di seluruh negara telah siap sedia dengan seribu macam kutukan "membahan" penyokong Chelsea di facebook dan hanya menunggu wisel penamat untuk tekan "enter" di keyboard, gol penalti Eden Hazard tiba. Kurang setengah minit daripada itu wisel. 3- 3. Perlawanan ke masa tambahan. Masuk masa tambahan, kita tahu... pagi ini bakal milik Chelsea.




Daniel Sturridge dan Ramires meledak 2 gol dalam masa tambahan sebelum Giggs menyumbat penalti MU. Kesudahannya today... is a blue day! Chelsea 5 - Man United 4.

Chelsea kini melangkah pusingan suku akhir dan dijadual akan bertandang ke Leeds United pada 19 Disember depan dalam misi merangkul seberapa banyak kejuaraan musim ini. Pertemuan terakhir Chelsea vs Leeds adalah pada tahun 2004. Kali ini mungkinkah milik kita Capital One Cup (League Cup)?

OK, Malaysian Blues Verdict ~ CHELSEA vs MANCHESTER UNITED: Profit & Loss.
2 Match dalam 3 hari. Selepas "ditewaskan" oleh MU dalam saingan EPL tiga hari lalu yang penuh dengan kontroversi 9 vs 12, Chelsea berjaya membalas dendam dengan 11 vs 11 pagi tadi. Apa yang The Blues dan MU perolehi dari 2 perlawanan ini?


Match 1: EPL - CHELSEA 2 : MAN UNITED 3
  • Tewas ~ Chelsea masih kekal berseri-seri di tangga teratas liga
  • Menang ~ MU tetap kekal dibelakang Chelsea
  • Chelsea kehilangan Ivanovic kerana digantung untuk 3 perlawanan (straight red card)
  • Chelsea kehilangan Torres kerana digantung untuk 1 perlawanan (2 yellow card)
  • Chelsea terjebak lagi dalam hal-hal "racism" dengan FA England
  • Mark Glattenburg berjaya dalam ujian terakhir kemasukan skuad Alex "MU" Fergurson dengan CGPA 4.0
  • MU meningkatkan nilainya sebagai pasukan paling dibenci di dunia.
Match 2: Capital One Cup - CHELSEA 5 : MAN UNITED 4
  • Chelsea back to the winning ways.
  • Chelsea melangkah masuk ke saingan suku akhir Capital One Cup. Atas kertas dan atas padang berdasarkan baki pasukan yang tinggal untuk saingan suku akhir, Chelsea adalah favourite untuk menjadi juara (tinggal Leeds United, Middlesbrough, Norwich City, Aston Villa, Bradford dan Arsenal).
  • MU bukan sahaja tewas tapi terus ditendang keluar dari competition.
  • Sweet revenge untuk setan merah
  • Lee Mason gagal ujian kemasukan skuad MU
  • Ada lagi?... sila tambah
So... siapa pemain paling menarik perhatian Malaysian Blues untuk match pagi tadi? Tolak tepi trio Mata, Hazard & Oscar yang sentiasa superb. Pilihan Malaysian Blues ~ Victor Moses dengan usaha yang cemerlang, kepantasan dan kerja kerasnya. Sayang tak dapat score pagi tadi.


Victor Moses
 Last but not least, lets celebrate this stunning comeback tapi jangan lupa ada perkara negatif yang kita lihat dalam perlawanan ini dan perlu ditangani segera. Tidak perlu diragukan, pertahanan Chelsea MESTI lebih diperketatkan lagi (anda faham apa maksud Malaysian Blues...) selepas ini secara konsisten dan setiap peluang depan mata untuk menjaringkan gol perlu dimanfaatkan sebaiknya. Jika itu settle... no doubt, we are the best team this season. 

Team: Cech, Luiz, Cahill, Azpilicueta, Bertrand, Mikel, Piazon, Moses, Mata, Sturridge. sub: Oscar, Hazard, Ramires. (lain-lain: Hilario, Ferreira, Marin).

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives