Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Sunday, September 30, 2012

MALAYSIAN BLUES! WE DEFEND WITH A BUS! MEMANG LA...

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:34 AM, under | No comments

Salam to all...

They say we park a bus when we defend. Agree! 
We defend with a bus. 
But we use different machine to attack... they never said. 
But they know it!



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

BLUES MARCHING ON! MANTAP! ARSENAL 1 - CHELSEA 2.

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:25 AM, under ,,,, | No comments


Salam to all...


Feeling blue tonite? Yeah...
Arsenal 1 - Chelsea 2.  3 mata yang cukup berharga buat The Blues bawa balik ke Stamford Bridge. Yang manis lagi kemenangan ini dicatatkan di stadium lawan. Apa jua keputusan rival-rival lain malam ini dan esok, The Blues stay top. Always on top.

6 perlawanan. 5 kemenangan, 1 seri. 16 mata. Masih tidak mampu ditewaskan lawan. Suara sinis sebelum ini mengatakan Chelsea hanya bertemu dan menang dengan pasukan-pasukan yang tak kuat. Malam ini kita buktikan untuk mereka berfikir panjang bila sampai masa mereka hadapi kita. 

Ketua pasukan, John Terry yang diturunkan dalam perlawanan ini mendapat pujian RDM setelah mempamerkan kemantapannya memimpin barisan pemain Chelsea meranapkan impian Arsenal malam ini di tempat lawan. Biarpun diejek dan diboo setiap kali bola dikakinya, Terry seperti biasa tenang dan bertindak cemerlang dalam memimpin pasukan.


1st Goal Chelsea... FT9
Fernando Torres menyumbat gol pertama Chelsea di minit ke 20 dengan sentuhan bijaknya melepasi jangkauan penjaga gol Arsenal walaupun dicabar pertahanan Arsenal Laurent Koscielny. Gol kedua Torres minggu ini selepas menjaringkan gol dalam perlawanan Capital One Cup beberapa hari lalu. Apa yang pasti kita dapat lihat senyumannya malam ini. Dengan keseluruhan 5 gol musim ini apa yang kita harapkan momentum dan konfiden Torres akan terus meningkat untuk perlawanan-perlawanan akan datang.

Winning gol... Mata
Freekick playmaker Juan Mata di minit ke 53 memastikan 3 mata penuh buat Chelsea di Stadium Emirates malam ini selepas Gervinho menyamakan kedudukan buat Arsenal 2 minit sebelum rehat. Apa yang pasti Chelsea lulus cemerlang dalam perlawanan yang dikatakan test sebenar Chelsea. 

Malaysian Blues MOTM. Petr Cech... Superb!
Man of the match? Malaysian Blues meletakkan Petr Cech sebagai pemain pilihan malam ini selepas bertindak cemerlang menafikan beberapa percubaan bahaya terutamanya tandukan Podolski yang hanya penjaga gol terbaik mampu menafikannya.

Apa jua yang berlaku malam ini. Apa juga keputusan-keputusan lain malam ini, Chelsea tetap terus bertakhta di puncak liga dengan pengesahan 3 mata malam ini. Untuk semua peminat Blues, keep calm.... next match pagi khamis akan datang menentang FC Nordsjaellan untuk Champions League sebelum menanti Norwich City di Stamford Bridge untuk EPL sabtu depan.

Boleh tidur lena malam ni. Chelsea menang lagi.

Champions of Europe, we know what we are!

Chelsea (4-2-3-4-1): Cech, Ivanovic, DaviD Luiz (Cahill 80), Terry, A. Cole, Mikel, Ramires, Mata (Bertrand 84), Oscar (Moses 72), Hazard, Torres.


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Wednesday, September 26, 2012

BLOG VIEW: JOHN TERRY SALUTE FA ENGLAND 2 JARI, OK KALAU KITA TAMBAH 1 JARI?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:52 AM, under | No comments


Salam to all.... 

Menunggu perlawanan Chelsea vs Wolves, Malaysian Blues mahu sekali lagi melihat dan cuba melepaskan rasa kecewa berhubung "perbicaraan" berkenaan John Terry. Apa yang pasti kali ini bukan berkenaan JT vs Anton Ferdinand tetapi JT & semua Chelsea fans vs FA England. Malaysian Blues cuba untuk meletakkan beberapa point penting yang dirasakan waras bagi semua blues mempertahankan kapten kita yang sedang berada dalam situasi "under attack". Kita sedar dan sebenarnya terkilan kerana apa yang berlaku ketika ini, John Terry telah menjadi salah seperti seorang pemain yang paling dibenci dalam kancah bolasepak England ketika ini. Penyokong-peyokong rival (walaupun sesetengahnya bukan direct rival pun) semuanya bersorak mencaci John Terry.




Inilah sebahagian asam garam bolasepak, mungkin bukan di Malaysia yang kita cintai. Apa isu yang berlaku telah menjadi semakin jauh dan penghujungnya ketika ini, John Terry akhirnya terpaksa bersara dalam arena bolasepak antarabangsa dan peminat Blues biarpun sedikit terkejut dalam masa yang sama teguh berdiri di sisi John Terry. Bukan sekali John Terry dihambur kata caci dan maki serta di"boo" setiap kali beraksi di gelanggang lawan tetapi peminat Chelsea seharusnya bangga yang kapten kita memberikan jawapan kepada setiap cemuhan dan makian dengan persembahan yang menakjubkan setiap kali beraksi. Setiap kali dia di"boo" sepanjang masa org semakin cemburu dengan ketenangan dan persembahan mantapnya.

Katalah apa yang nak dikata berkenaan John Terry. Seorang rasis, seorang penipu, budak jahat, apa sahaja boleh dikatakan tetapi hakikat sebenarnya dia adalah seorang manusia biasa yang melakukan kesilapan (dia mat saleh) dan apa yang disorakkan ketika ini, John Terry tahu dan semua orang tahu bahawa dia telah dilepaskan dan didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Itu fakta.

Namun begitu, FA England tidak berfikir begitu dan membuat keputusan seolah-olah keputusan mahkamah tidak cukup bagus (walaupun telah termaktub dalam buku perlembagaannya sendiri rujuk posting lepas) dan seterusnya memilih untuk membuat perbicaraan mereka sendiri terhadap John Terry. Bagi Malaysian Blues , keputusan ini adalah satu keputusan yang amat memalukan. Hakikatnya dia telah dibersihkan di mahkamah civil. Dan jikalah nanti dia didapati tidak bersalah oleh panel FA England maka apa pula selepas itu? adakah FIFA pula akan membuka penyiasatan baru? Berapa banyak kali mereka mahu membenci John Terry?

Apa yan kita lihat adalah suatu yang tidak betul dan memperlihatkan bagaimana FA England langsung tidak menghormati keputusan yang dibuat mahkahmah dan layanan buruknya ke atas Terry. Pemain yang telah meletakkan sepenuh jiwa raganya kepada England sejak sedekad yang lalu. Betapa bangganya dia bila berada dalam baju 3 singa England. Lihat bagaimana setiapkali dia menyanyikan anthem England dia menyanyikannya dengan penuh bangga. Apa yang pasti, dia adalah antara yang terbaik dan pertahanan paling komited dalam skuad England.

FA England sebenarnya bodoh. Mereka kini kehilangan seorang pemain yang hebat. Terry bersara dari terlibat lagi dalam kancah antarabangsa disebabkan fakta bahawa FA England memilih untuk melancarkan tindakan mereka sendiri keatas John Terry selepas dia dibuktikan tidak bersalah. Simple.... sekarang England kehilangannya. Dari kacamata yang lebih jelas, tindakan John Terry bersara sebenarnya memberi mesej yang cukup besar dan amat efektif kepada England. England sebenarnya akan kerugian ditempat yang paling sakit untuk ditanggung nanti iaitu di tengah padang dengan ketiadaan Terry.

Pengurus England, Roy Hodgson secara jelas melahirkan rasa terkejut dan terkilan berkenaan ini dan melontarkan sokongan moral buat Terry. Apa yang pasti Hodgson lebih tahu apa yang akan dia hadapi selepas kehilangan John Terry. Hodgson memilih John Terry dan bukannya Rio Ferdinand dan itu satu pilihan yang amat bijak. Hodgson tahu John Terry memberikan sesuatu yang lebih extra sebagai seorang pemain dan pilihan yang jauh lebih baik berbanding Ferdinand. Apa yang dapat kita lihat dalam perlawanan menentang QPR dua minggu lepas ialah seorang yang berjiwa besar bila John Terry menghulurkan tangannya kepada Anton Ferdinand yang mana tidak disambut dengan seribu kesombongan.

Big man...
Hakikatnya, hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku ditengah padang. Apa sahajalah tetapi fakta tetap kekal bagaimana dia telah dilepaskan oleh mahkamah kerana pembuktian dalam mahkamah membuktikan dia tidak bersalah. Adakah itu masih tidak cukup? Apa yang sebenarnya berlaku ialah dendam kesumat yang disebabkan oleh jeles dan mahu mendapatkan perhatian. Come on la Anton Ferdinand.... terimalah hakikat...tak kan tiba masanya, takkan ada masanya... kamu takkan dipanggil sampai bila-bilapun untuk bermain dengan skuad England. Sorry la brader!

England kehilangan seorang singa, seorang leader dan kita pasti bahwa semua org ini akan mula menepuk kepala mereka sendiri bila masanya tiba untuk perlawanan seterusnya untuk England.

Akhirnya, sekurang-kurangnya sebagai peminat dan penyokong Chelsea, kita tahu apa kebenarnyanya, kita tahu bagaimana sebenarnya John Terry dan yang paling utamanya ialah kita tahu Terry akan tetap seorang berjiwa Chelsea hingga ke akhirnya. Dia pemain kita, dia kapten, dia leader. John Terry, wa tabik lu....


MALAYSIAN BLUES Note:

For his country and FA England, John Terry always give them 2 salute fingers with pride. We can join him salute!... for FA England (but with one finger... the middle one). Thanks.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Tuesday, September 25, 2012

BLOG VIEW: CAPTAIN JOHN TERRY ~ PENGKISAHAN YANG MEMBUATKAN KITA MARAH!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:17 AM, under , | No comments

Salam to all...

This is JOHN TERRY. Captain, Leader, Legend.


TRUE LEGEND!
Kisahnya... ada satu ketikanya dalam minggu ini di sebuah hotel di Kota London atau dalam masa terdekat ini di laman web rasmi FA England, kapten kita Chelsea akan didapati bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata perkauman ke atas Anton Ferdinand. Confirm. Terry sudah fikirkan begitu. Malaysian Blues juga fikirkan begitu. Dan begitulah menceritakan kenapa Terry mengumumkan persaraannya dalam bolasepak antarabangsa semalam.

TIDAK! Tidak sesekali Terry melontarkan bahawa pengumuman ini adalah isyarat yang dia mengaku bersalah. Terry takkan lakukan itu walau apapun keputusan panel disiplin FA England. Mungkin sebahagian org telah terbenak dalam kepala mereka berkenaan bersalahnya Terry tetapi Terry akan tetap terus dengan protes dengan apa yang keluar dari mulutnya pada satu petang di Loftus Road musim lalu adalah berpunca dari salah faham dalam kepanasan perlawanan ketika itu. Hakikatnya, kita telah mendengar semua bukti dari semua pihak dan keputusan mahkamah di Westminster Magistrates Court telah dibacakan. Terry tidak bersalah. So sekarang ini... kita tahu dimana pendirian kita ini sebagai fan Chelsea.



John Terry. Berdiri teguh dengan pendiriannya dan apa yang menjadi pertaruhan dalam mempertahankan pendiriannya adalah reputasi dan kariernya. Mungkin ada yang berfikir dia tidak punyai nama yang baik untuk dipertahankan tetapi semuanya ini adalah salah dan tidak betul. Apa yang Terry mahukan ketika ini? Menjaga nama baik dan reputasinya sebagai seorang yang bukan rasis dan hakikatnya kini Terry sudah hilang kepercayaan dan respek dengan kebenaran yang FA England sebenarnya gagal untuk berperanan secara adil. Terry merasakan kehadirannya di masa hadapan dalam barisan England diperingkat antarabangsa tidak dapat dipertahankan. Dijatuhkan "bersalah" secara pastinya akan menyebabkan kehadirannya dalam bilik persalinan England yang bercampuran bangsa juga sukar untuk dipertahankan. Dan... semua sudah menjangka dan meletakkan keputusan John Terry akan "didapati bersalah".

"I am making this statement today in advance of the hearing of FA diciplinary charge because I feel The FA, in pursuing charges against me where I have already been cleared in a court of law, have made my position with the national team unteanable." - JT

Tipikal ~ seseorang tidak boleh dijatuhkan bersalah dalam keadaan seperti ini iaitu keputusan bersalah sebelum didapati bersalah dalam perbicaraan yang dikatakan "adil". Apa yang pasti, perjalanan perbicaraan disiplin FA England sebenarnya tidak mencapai satu standard perbicaraan di mahkamah undang-undang. Mahkamah jenayah dan sivil memerlukan pembuktian yang jelas dan terperinci dari pihak pendakwa. Pendengaran perbicaraan FA England tidak memerlukan bukti pun. Untuk ini... paling bodoh pun, Terry ada asasnya.



Lihatlah dari kaca mata kebarangkalian dengan kaedah atau method bagaimana untuk menjadikan Terry didapati bersalah. Faktanya ~ kita sudah menjangkakan apa hasil dalam perbicaraan FA England berkenaan Terry ini. Pada 2011, daripada 473 kes disiplin yang dibicarakan oleh panel disiplin FA England - keputusan BERSALAH adalah pada kadar 99.5%. Hahahaha... inilah yang sebenarnya berlaku bilamana pihak yang membuat pertuduhan, itulah juga pihak yang bertindak sebagai hakim. Hmmmm....

Dengan kadar 99.5% ini, Terry mempunyai peluang yang sama dengan kes sebelumnya. 99.5% beb!. Apapun Terry akan terus berjuang membersihkan namanya tetapi dalam masa yang sama dia sedar realiti dalam FA England. Perbicaraan bermula pagi Isnin London, tetapi seminggu sudah perdebatan undang-undang disembangkan. Sebab mengapa masa yang diambil dari selesainya kes di mahkamah sebelum ini adalah kerana peguam Terry mempertikaikan panel yang akan dilantik untuk pendengaran kes. Sekarang panelnya tinggal seorang sahaja orang FA iaitu yang akan menjadi pengerusi panel. Yang lain adalah panel bebas termasuk bekas midfield Blackburn Rovers, Stuart Ripley.

Semalam, keputusan Terry sudah jelas mengenai pembabitannya dalam skuad England. Mungkin dia telah memikirkannya secara mendalam sejak beberapa minggu lalu tetapi minggu ini keputusan ini diumumkan tepat pada masa dan ketikanya pendengaran kes mahu bermula.

Dan inilah undang-undang FA England dalam buku undang-undang mereka sendiri yang sengaja tak mahu digunapakai oleh FA England terutamanya dalam isu Terry:

paragaraph 6.8:
"where the subject matter of a complaint or matter before the Regulatoty Commission has been the subject of previous civil or criminal proceedings, the result of such proceedings and the facts and matters upon which such result is based shall be presumed to be correct and the facts presumed to be true unless it is shown, by clear and convincing evidence, that this is not the case".


Secara mudahnya apa yang kita paham ~ kecuali sesuatu bukti dapat dikemukakan yang menidakkan satu keputusan itu maka semua bukti dan keputusan dalam perbicaraan jenayah atau sivil di mahkamah jenayah atau civil itu dianggap dan diterima sebagai satu keputusan akhir.

Terry pasti dengan keputusan mahkamah dan ianya telah dianggap selesai. Tetapi dia silap. Dendam kesumat sesetengah pihak memastikan kes ini diteruskan dengan perbicaraan yang lebih rendah tahapnya berbanding perbicaraan mahkamah civil atau jenayah yang memerlukan pembuktian yang lebih terperinci. Hakikatnya, Terry sebenarnya telah menghidu hala tuju FA England untuk memastikan dia bersalah walaupun bertentangan dengan undang-undang yang termaktub dalam buku undang-undang mereka sendiri. Disebabkan itu, Terry mengambil keputusan untuk bersara di arena antarabangsa pada umur 31 tahun sahaja. No turning back!



FA England kini sebenarnya berada dalam status "eradicting complication" kerana kepastian dan kepercayaan tidak lagi diperlukan. Dan lagi, untuk memastikan Terry di jatuhkan "bersalah" tidak memerlukan lagi bukti. Kebarangkalian dan kemungkinan keputusan kini hampir pasti ditemui untuk menghukum bersalah ke atas Terry.

So.... adakah ini adil?

Minggu lepas, pemain Stoke City, Andy Wilkinson digantung 3 perlawanan apabila didapati bersalah kerana "violent conduct" ke atas Mario Balotelli ketika perlawanan dengan Manchester City. Tidak dilihat oleh pengadil, dia menyiku Balotelli dalam perlawanan. Tiada siapa tahu jika Wilkinson sengaja untuk melakukannya (bukti video mengesahkannya) walaupun pengurusnya Tony Pulis mengatakan ia tak disengajakan tetapi jika FA England mahu membahaskan setiap insiden seperti ini yang berlaku maka agak sukar untuk hukuman dijatuhkan dan akhirnya perlawanan bola akan menjadi seperti tiada undang-undang. Maka keputusan dibuat. Digantung 3 perlawanan. Apapun kehidupan dan karier Wilkinson tidak terjejas dengan apa yang telah dilakukannya. Dia akan menjalani penggantungan dan kehidupan diteruskan. Selepas tamat penggantungan dia akan bermain semula. Tiada siapa akan meminta-minta untuk dia disekat di Britannia Stadium. Tiada siapa juga yang akan menyatakan bahawa karier antarabangsanya jika ada sepatutnya ditamatkan.

Ini semua berbeza dengan John Terry. Segala bentuk komplikasi menunggunya bila nanti keputusan bersalah diumumkan secara rasmi. Karier antarabangsanya dengan England pasti lenyap. Sesetengah juga akan berfikir bahawa masa depannya dengan Chelsea juga akan terjejas kerana setiap kehadirannya di Stamford Bridge akan bertentangan dengan undang-undang Chelsea sendiri. Paling ringan pun, dia tidak akan dapat meneruskannya sebagai kapten. Tapi kita tahu bagaimana sokongan yang tak berbelah bagi dari Chelsea sendiri dan penyokong.

Tanpa ragu, jatuhnya hukum "bersalah" kepada Terry akan memberikan sedikit sebanyak memberi impak buat Chelsea. Penggantungan yang panjang mungkin akan dihadapi kesan daripada keputusan ini kelak. Untuk Chelsea memiliki kapten yang "didapati" rasis akan pastinya membantutkan segala inisiatif anti-rasis yang diusahakan Chelsea. FA England mahu dilihat proaktif dalam isu rasism ini. England kehilangan kapten yang cukup berwibawa. yang memberikan segalanya untuk England. Bila mana FA melucutkannya dulu yang membawa kepada kehilangan manager Fabio Capello. Dan akhirnya majistret membuat keputusan tidak bersalah kepada John Terry Julai lalu, pengerusi FA England sebenarnya telah dilihat salah perkiraan. Tidak sukar melihat perkiraan ini. 471 daripada 473 kes yang didengar FA berjaya dijatuh hukum oleh FA. Mereka membakar buku undang-undang mereka sendiri bila menafikan keputusan mahkamah.

Karier antarabangsa John Terry bermula dengan cap pertamanya pada Jun 2003 dalam pertemuan persahabatan menentang Hungary. Sehingga persaraan diumumkan semalam, John Terry memiliki 78 caps keseluruhannya. Dia dilantik sebagai kapten England pada 2006 menggantikan David Beckham. Perlawanan terakhir Terry bersama England adalah pada awal bulan ini menentang Moldova dimana England menang 5-0.



THE BLUES - THE CHELSEA FC. England lost is Chelsea gain? Berat mata memandang berat lagi bahu Terry yang memikul. Terry adalah seorang pemain yang akan beraksi dengan penuh kesungguhan baik buat negaranya England ataupun Chelsea. Adakah persaraannya akan membawa implikasi positif untuk Chelsea? Apa yang pasti, Terry akan mempunyai ruang yang lebih untuk The Blues dengan tiada komitmen dalam perlawanan untuk England akan datang. Untuk dirinya, kita semua tahu bahawa dia sebenarnya tidak mahu bersara tapi terpaksa bersara. Ini mungkin yang terbaik buat dirinya dan mungkin juga terbaik buat Chelsea.

Apa pandangan anda?
Apa yang pasti, bagi semua the Blues, John Terry kekal Captain, Leader & Legend.... Always.

"I am today announcing my retirement from international football. I would like the England managers who had selected me for my 78 caps. I have great pleasure in sharing that honour with all the players that I've played with. I would like to thank them, the fans and my family for their support and encouragement during my international career.

Representing and captaining my country is what I dreamed of as a boy and it has been a truly great honour. I always given my all and it breaks my heart to make this decision. I want to wish Roy and the team every succes for the future.

I am making this statement today in advance or the hearing of the FA disiplinary charge because I feel The FA, in pursuing charges againts me ehere I have already been cleared in a court of law, have made my position with the national team untenable.

I now look forward to playing for Chelsea FC, and challenging for domestic and European honours, and I want to thanks the fans and the club for their continued support."

~ JOHN TERRY

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Monday, September 24, 2012

BLOG VIEW: DAVID LUIZ AS HOLDING MIDFIELDER... ADA BERANI?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:37 AM, under ,,,,, | No comments


Salam to all...

Malaysian Blues "rehat" tak berblogging dalam seminggu ni. Agak sibuk dengan urusan kerja. Apapun blues tetap blues. Sehingga minggu depan mungkin posting dalam blog pun kejap ada kejap takde... still busy.



Anyway, congrat The Blues! yang dinanti-nanti akhirnya tiba semalam. Selepas tewas dengan Atletico Madrid, kita seri dalam 2 match (QPR, Juventus). Winning ways akhirnya bermula semula semalam. Hard fought. Apapun we still at the top.

Chelsea akhirnya menumpaskan juga Stoke City yang cukup-cukup liat. Terima kasih dengan gol minit-minit akhir A.Cole. Yup, Cole memang pemain pertahanan kiri terbaik dunia. Tanpa ragu. RDM membuat rotation dan gamble dengan "bintang-bintang baru" tetapi akhirnya seperti mana banyak kali berlaku sebelum ini, "bintang lama" juga yang secara instrumentalnya memastikan 3 mata penting buat Chelsea. Apapun... semua pemain sememangnya bekerja keras untuk kemenangan ini.

Chelsea vs Stoke City. Hampir boleh dikatakan permainan adalah milik Chelsea. Serangan bertali arus. Apapun Chelsea masih gagal menlonjakkan permainan sepertimana persembahan ketika bertemu Newcastle bulan lepas. Ketakutannya adalah, seperti biasa kebelakangan ini terlalu banyak hantaran yang entah kemana dan bermain di tempat sendiri kadangkala cukup-cukup terasa amat frust bila gol yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. RDM meninggalkan Lampard dan Terry dibangku simpanan yang sebenarnya bagi Malaysian Blues amat mengejutkan memandangkan kita amat-amat tahu bahawa Stoke City adalah team yang cukup organise dan cukup-cukup bermain secara fizikal. 


Apa yang positif? Yup... menangis tengok Oscar main... Marvellous quality. Melihat David Luiz menidakkan galah panjang Peter Crouch dan Mata yang kelihatan cukup fresh dan penuh konfiden. Kapten semalam, Petr Cech juga mantap... pasti berbesar hari dengan clean sheet ini.




Mikel? Hakikatnya Malaysian Blues sebenarnya peminat Mikel. Tetapi selepas 3-4 perlawanan ini, Mikel seolah-olah telah kehilangan apa yang boleh dilakukan sebenarnya. Agak mengecewakan dan kadangkala rasanya RDM perlu menyedari bahawa mungkin ini masanya untuk dia mencuba pilihan lain untuk masalah yang dihadapi Mikel. Apa yang boleh RDM lakukan? David Luiz. RDM mungkin boleh menggunakan David Luiz sebagai holding midfield. Luiz membaca permainan cukup baik. Untuk jarak tertentu dalam 10-20 meter, dia juga mempunyai kepantasan dan mampu membuat hantaran yang baik. David Luiz sentiasa bersedia untuk kehadapan dan bermain dengan misi yang jelas. Bagi Malaysian Blues, ketika ini Mikel selalu hilang punca, hantaran hilang dan dia sendiri selalu hilang dalam posisi yang sepatutnya berada dalam masa-masa tertentu. Dengan formasi yang RDM terapkan ketika ini, holding midfielder cukup-cukup penting peranannya. Come on RDM.... mungkin cuba David Luiz? Ada berani? Dan lagi Gary Cahill cukup cemerlang untuk berada disisi Terry untuk full back.



Sorry to say... jauh dari dalam diri, hakikatnya Malaysian Blues merasakan dan mula gusar dengan gaya bahasa badan Fernando Torres. Jelas kelihatan semalam, banyak kali, no. 9 ni tidak 100% gembira dan ini perlu ditangani segera. Yup! Segera! KONFIDEN.... itulah yang amat diperlukan Torres ketika ini. Dia perlukannya. Dia amat perlukan gol atas namanya ketika ini dan Chelsea amat-amat memerlukan Torres berada pada tahap form yang terbaiknya (at least sehingga kita ada seorang lagi penyerang prolific yang mampu untuk score gol week in week out ~ hopefully Januari nanti rumours En. Falcao menjadi blues jadi kenyataan).

Minggu depan perlawanan tumpuan akan terarah kepada the Blues bila bertandang ke stadium jiran rival London, Arsenal. Sesuatu yang amat-amat positif kita perlukan dalam perlawanan ini. Jika RDM dan "budak-budak muda" Chelsea mampu melenyapkan Arsenal malam itu dan membawa balik 3 mata maka kita sebenarnya sudah mula boleh memasang impian yang hari kita sebenarnya telah kembali. Tetapi beware... performance Arsenal vs Man City sebentar tadi. Apapun The Blues mampu.... we are the best in London. 

Berada di puncak liga dengan 13 mata dari 5 perlawanan adalah satu kedudukan yang cukup baik dan minggu depan adalah peluang untuk The Blues memlebarkan "jarak" dengan rival di permulaan musim ini.

Come on Chelsea. Winning ways already come back to us. We need more!

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Thursday, September 20, 2012

MALAYSIAN BLUES: WHAT A POSTING!?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:18 AM, under ,, | No comments

Salam to all...

Malaysian Blues sibuk gila 4-5 hari ni. Lansung tak sempat nak tengok blog sendiri. Apa nak kata... blog free tak berbayar. hahaha. Last match seri 0-0 dengan QPR. Agak mengecewakan tapi Blues stay Blues. Malam ini bermula misi mempertahankan gelaran King of Europe. Lumrah... mempertahankan gelaran sememangnya lebih sukar berbanding mengejarnya. Suara-suara sinis dah mula berbunyi tentang keupayaan Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan. Suara-suara sinis dari luar juga semakin menyemakkan kepala hotak samada Chelsea benar-benar real contenders untuk EPL musim ini. Hakikatnya 2 perlawanan tanpa kemenangan berturut-turut (kalah dengan Atletico Madrid dan seri dengan QPR) menyebabkan bunyi-bunyi ini. The Blues perlu dan mesti memulakannya semula agenda kemenangan dengan Juventus. Bukan lawan yang mudah tetapi The Blues mampu.



We must get into the winning way again as soon as possible. Anyway... we still top.

Takkan cerita panjang. Come on Chelsea!

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Saturday, September 15, 2012

BLOG VIEW: CHELSEA vs QPR ~ DEBUT AZPI & MOSES?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:29 AM, under ,,,, | No comments

Salam to all...

Ready? Yup.... berkunjung beberapa kilometer bertemu rival setempat. Malam esok di Loftus Road, London, The Blues akan turun untuk perlawanan keempat EPL musim ini dengan misi meneruskan kecemerlangan setakat ini.
Apakah Chelsea mampu menundukkan QPR esok? Ya! The Blues boleh lakukannya. Musim ini tak sama dengan musim sebelumnya. RDM pastinya sudah bersedia mencaturkan bagaimana untuk membenam QPR dilaman sendiri. Dalam perlawanan musim lalu di sini, Chelsea tumpas 0-1. Musim ini, kali ini... Chelsea berwajah baru dan QPR juga berwajah baru. 

Selepas berehat panjang, Hazard & co diharap akan meranapkan QPR esok. RDM telah mengesahkan kecederaan Terry & Ashley Cole semasa aksi antarabangsa minggu lepas telah pulih sepenuhnya untuk beraksi esok. Dengan kekuatan sebenar, Malaysian Blues yakin kita bukan sahaja boleh menang dengan QPR esok tapi menang dengan bergaya. Kita tunggu malam esok.

New signing, Cesar Azpilicueta & Victor Moses. Apa kata anda? Apakah mereka berdua akan  memulakan aksi pertama mereka dengan Chelsea malam esok?

Cesar Azpilicueta ~ pemain ini sejak menyertai Chelsea pastinya ingin membuktikan keupayaannya esok jika diberikan peluang. Pastinya Azpi telah bekerja keras dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk meyakinkan RDM untuk menurunkannya esok. Apa yang Malaysian Blues  fikirkan, dengan Juventus pula akan menyusul selepas QPR dalam perlawanan pembukaan kumpulan Champions League tengah minggu nanti, apakah RDM akan membuat keputusan memberikan full debut untuknya esok?

Ready?
Apa yang kita tahu ketika ini, perebutan tempat untuk slot 4 barisan pertahanan Chelsea kini semakin sengit. Dalam perebutan centre back selain pengaruh dan kekuatan John Terry untuk mengemudi jentera pertahanan Chelsea dan pasti diturunkan sebagai kapten esok, David Luiz dan Gary Cahill bersamanya untuk 2 centre back (berdasarkan persembahan semasa, Malaysian Blues memilih Gary Cahill).

Pertahanan kiri sudah tentu milik Ashley Cole. So bagaimana pertahanan kanan? Ivanovic atau Azpi? Apa yang pasti Azpi hadir dalam skuad the blues dangan reputasinya sendiri yang cukup baik.  Pastinya kita tahu, dia hadir bukan untuk memanaskan bangku simpanan sahaja kerana kita tahu dia pastinya mempunyai jaringan chemistry dalam darah Sepanyolnya bersama Juan Mata dan Fernando Torres. Adakah RDM patut memberikan peluang untuk merasai atmosfera West London derby esok atau tidak? Malaysian Blues katakan "Ya!", RDM harus memberikannya peluang esok. Ini adalah satu perlawanan yang mempunyai suasana yang pastinya hebat untuk Azpi merasai buat kali pertama medan EPL.

Cesar Azpilicueta - debut QPR: Malaysian Blues: YES!

Victor Moses ~ agak tricky sikit untuk RDM menurunkan Moses esok dengan barisan hadapan yang kita ada ketika ini. Apakah percaturan yang telah RDM lakukan untuk Chelsea sejak bermulanya EPL? Yup.. RDM telah memilih untuk tidak menggunakan wing out dan merencanakan serangan Chelsea dengan 3 posisi attacking midfield dengan Ramires bermain dibahagian jauh ke tepi disamping Juan Mata dan Hazard.

I'm Blues man...
Apapun, Victor Moses adalah seorang pemain yang berkaliber (rujuk perlawanan Chelsea vs Wigan, sebelum Moses sign Chelsea). Kehadiran Moses dalam team Chelsea sebenarnya memberikan kita satu dimensi baru untuk RDM terapkan. Ingat apa yang Moses lakukan ketika bersama Wigan musim lepas dan pemain ini berupaya mempertingkatkan rentak permainan secara dramatik dalam pasukannya ketika bersama Wigan.

Untuk perlawanan esok, Victor Moses mendapat vote Malaysian Blues untuk beraksi melenyapkan halangan 4 pertahanan QPR bersama Mata & Hazard dibelakang Torres. Kepantasan mereka pasti dapat mengkucar-kacirkan pertahanan QPR yang sebenarnya telah dibuktikan "rapuh" setakat ini. Victor Moses apa yang kita tahu telah membuktikan kemampuan dan potensinya.

Victor Moses - debut QPR: Malaysian Blues: YES!

Yup... untuk masa-masa akan datang RDM akan pastinya pening dengan barisan yang ada ~ Moses, Oscar, Marin, Ramires dan Sturridge. Apa yang kita harapkan RDM cukup bijak untuk menganalisa siapakah yang akan kita hadapi dan pemain manakah yang cukup mantap bagi diturunkan mengikut game plan.

Sama ada Azpi dan Moses akan diturunkan esok dalam kesebelasan utama atau bermula dari bangku simpanan, RDM tentukan. Bagi Malaysian Blues, bring us the most powerful. Jangan lupa, Juventus menanti kita di pertengahan minggu.

Apa kata anda?

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Friday, September 14, 2012

OFFICAL CHELSEA FC 2012/13 TEAM WALLPAPER

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:02 AM, under | No comments

Salam to all...

Malam ni sejuk. Hujan baru lepas turun. Badan letih dan kepala hotak penat nak reka-reka cerita ala "pundit" atau cari sumber2 cerita untuk diplagiat dan dialih bahasa untuk dikongsi-kongsikan dengan Blues Geng (Blues Gang... Ito?).

So, apa yang dapat dikongsikan malam ni...  OFFICIAL CHELSEA FC 2012/13 TEAM WALLPAPER "CHAMPION OF EUROPE". So sesiapa yang nak download boleh klik link bawah ni atau klik saja atas gambar tu...

KLIK SINI - NEW WALLPAPER 




Wallpaper boleh pilih resolution dlm saiz 640x960 (IPhone), 1024x1024 (IPad), 1280x1024, 1440x900, 1600x1200 dan 1920x1200. Itu jer sharing malam ni...

Layan adik Najwa malam ni ok gak...


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Thursday, September 13, 2012

MALAYSIAN BLUES PLAYER OF THE DAY: SUPER FRANK LAMPARD

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:03 AM, under , | No comments

Salam to all...

Malaysian Blues Player of the day: Super Frank Lampard


Super Frank. Legend.
Frank Lampard. Apa yang perlu kita tahu? Midfielder Chelsea. Lagenda The Blues. Lampard dianggap salah seorang pemain midfield terbaik dunia dalam generasinya semuanya bersama Chelsea dengan 93 caps untuk negaranya England dengan 26 gol setakat ini.

Lampard memulakan kareer bolasepak profesionalnya bersama West Ham United di mana bapanya Frank Lampard Sr juga pernah bermain. Bersama pasukan utama West Ham buat pertama kalinya pada musim 1997/98 dan membantu pasukannya menamatkan liga di tangga ke-5 liga pada musim berikutnya yang merupakan kedudukan tertinggi pernah West Ham capai.



Frank Lampard dibawa masuk ke Chelsea pada tahun 2001 dengan harga perpindahan sebanyak 11 juta pound. Bermula dengan penampilan pertamanya bersama Chelsea, Lampard telah mencipta rekod bermain 164 perlawanan EPL berturut-turut tanpa gagal. Memperkukuhkan dirinya sebagai penjaring  gol yang profilic di Chelsea dan merupakan watak utama yang membawa pulang "back to back" kejuaraan EPL ke Stamford Bridge pada 2004/05 dan 2005/06 serta double pertama pada 2007.

Menandatangani kontrak baru pada 2008 dan menjadi pemain EPL bergaji paling mahal ketika itu dan menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Champions League di tahun yang sama. Memenangi FA Cup untuk kali kedua pada 2009 dan menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir. Pada musim 2009/10, Lampard membantu Chelsea untuk menjadi juara berganda domestik dengan memenangi kejuaraan liga EPL dan FA Cup. Musim itu juga merupakan musim terbaiknya dengan Chelsea dengan 22 gol liga dan 17 assist. Saat terbaiknya tiba pada musim lepas apabila menjadi kapten Chelsea (menggantikan John Terry yang digantung perlawanan) untuk menjulang UEFA Champions League buat Chelsea.




Frank Lampard diiktiraf sebagai Chelsea Player of the Year sebanyak 3 kali dan merupakan pejaring gol ketiga terbanyak sepanjang zaman Chelsea dengan 186 gol dalam semua kejohanan. Lampard juga merupakan salah seorang daripada lima pemain dan satu-satunya pemain midfielder yang pernah menjaringkan lebih 150 gol dalam EPL. Selain itu, Lampard juga merupakan pemain dikedudukan kedua yang mempunyai assist terbanyak (91 assist) dalam EPL sepanjang zaman. Direkodkan dengan membuat 1400 hantaran yang berjaya (successful passes) dgn sekurang-kurangnya 10 atau lebih assist setiap musim. 

Pada 2005, Lampard telah diundi Footballer of the Year oleh Football Writer's Association (FWA)  seta menduduki tempat kedua FIFA World Player of the Year dan Ballon d'Or. Pada 2010 dia menerima Anugerah Khas FWA. Pada 23 Disember 2009, Frank Lampard dinamakan sebagai EPL Player of the Decade oleh statistik rasmi EPL.




Diperingkat antarabangsa, Lampard mempunyai caps England melebihi 90 kali sejak debut pertamanya pada Oktober 1999 dan telah menjaringkan sehingga kini 26 gol. Dia telah dipilih England Player of the Year dua tahun berturut-turut pada 2004 dan 2005. Frank Lampard dinamakan salah seorang pemain dalam Team of the Tournament ketika EURO 2004 apabila menjaringkan 3 gol daripada 4 perlawanan. Merupakan penjaring terbanyak England dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2006 dengan 5 gol dan beraksi dalam Piala Dunia 2006. Lampard juga merupakan pengambil sepakan penalti paling berjaya dengan 8 gol untuk England yang telah memecahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Ron Flowers dan Alan Shearer.

Musim 2012/13, Frank Lampard yang kini berusia 34 tahun (lahir Jun 1978) telah diiktiraf sebagai lagenda Chelsea bersama-sama John Terry dan masih berbisa dan setakat ini telah menjaringkan 2 gol dalam 3 perlawanan EPL 2012/13 setakat ini.




SUPER FRANK LAMPARD, CHELSEA LEGEND.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Wednesday, September 12, 2012

THE CHELSEA FC - EUROPEAN CLUB OF THE YEAR

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 6:20 PM, under ,, | No comments

Salam to all...

Persatuan Kelab Eropah (The European Club Association, ECA) semalam mengiktiraf Chelsea FC sebagai kelab terbaik di Eropah dengan anugerah European Club of the Year. The Blues menafikan kelab-kelab seperti Real Madrid, Barcelona, Man City, Juventus dan Atletico Madrid dengan kejayaan "double" Juara Eropah dan FA Cup England.


Apa yang menarik dan unik serta extra value dalam anugerah ini ialah ianya dipilih/diundi oleh kelab-kelab lain yang mengiktiraf persembahan Chelsea musim lepas. ECA adalah satu badan persatuan bebas yang dianggotai dan mewakilik kelab-kelab utama Eropah di peringkat Eropah. Ditubuhkan pada 2008 menggantikan G14 Group dan European Club Forum. ECA diiktiraf UEFA dan FIFA.

Walaupun Chelsea berada dalam kedudukan ke6 liga EPL musim lalu tetapi pencapaian dan persembahan menakjubkan dengan menjuarai Champions League dan FA Cup England memastikan anugerah ini milik Chelsea. Pertandingan domestik FA Cup masih dilihat salah sebuah kejohanan domestik yang berprestij di Eropah kerana sejarah bagaimana ianya bermula serta kompetetifnya kejuaraan itu.


Apa lagi yang mahu diceritakan. Bagaimana Chelsea merangkul kejuaraan Eropah buat kali pertama dengan gaya dramatik tanpa ada siapa diluar Chelsea memberikan harapan. Menenggelamkan cabaran Barcelona yang dikatakan kononnya "best team in the world" selepas John Terry dibuang padang adalah satu pencapaian yang menakjubkan. Selain itu, menumbangkan Bayern Munich di laman sendiri amatlah diingati dan pasti amsih segar dalam ingatan peminat dimana jua.

Apapun, congratulation my Chelsea. EUROPEAN Club of the Year. King of Europe.

sorry brader...

MalaysianBlues note: 
Award ini dianugerahkan melalui undi kelab-kelab terbaik Eropah dalam ECA. Kalau UEFA/Platini yang anugerahkan award.... it goes to UEFALONA la... hahaha

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Tuesday, September 11, 2012

BLOG VIEW: MALAYSIA 0 - 2 VIETNAM! ADAKAH DATUK K MASIH DALAM METHOD TESTING?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 11:56 PM, under ,, | No comments

Salam to all...


Come on Datuk K... be serious! 
Selesai perlawanan persahabatan Malaysia vs Vietnam. Semua sudah maklum Harimau Malaya kecundang 2-0 di tangan Vietnam. Yup! sememangnya ini hanyalah perlawanan persahabatan tetapi dengan hanya 2-3 bulan sebelum bermula cabaran sebenar AFF Cup apa lagi yang kita fikirkan. Bagi Malaysian Blues masa yang ada semakin singkat untuk persiapan. Adakah Datuk K Rajagopal masih lagi tercari-cari barisan kesebelasan utama untuk mempertahankan AFF Cup di bumi sendiri?

Tolonglah Datuk... memang kita adalah juara bertahan tetapi title itu sahaja tidak cukup. Kalah dan menang sememangnya adat bertanding tetapi apa yang kita lihat dalam perlawanan malam ini cukup mengusarkan kita. Permainan Malaysia terutamanya di separuh masa pertama sememangnya mengecewakan. Adakah ini barisan 1st eleven kita? Datuk sebenarnya tentu lebih arif. 45 minit pertama terlalu memperlihatkan bahawa ranking kita sememangnya di bawah Vietnam. Pemain kita hakikatnya gagal untuk mencabar permainan pantas Vietnam. Barisan tengah seakan ketandusan idea dan hantaran dan gerakan terlalu mudah dipatahkan. 




Vietnam menerapkan permainan menyerang sejak mula wisel ditiupkan. Apa yang dapat kita lihat walaupun pemain lawan telah jauh kehadapan, apabila peluang counter attack diperolehi, pemain seolah-olah hilang punca dan Vietnam terlalu mudah mengembalikan penguasaan mereka. Gerakan-gerakan pemain kita dipatahkan dengan hantaran-hantaran lemah dan entah ke mana. Secara keseluruhannya separuh masa pertama milik Vietnam. Mereka sebenarnya berhak mendahului lebih dari 1 gol dalam separuh masa jika tahap permainan pemain kita dan mereka diperbandingkan.

Apa yang sebenarnya ingin dilakukan oleh Datuk K dalam perlawanan ini? Masih lagi membuat testing? Mencuba pemain? Ini bukan masanya lagi. Dengan jumlah perlawanan persabahatan yang cukup sedikit disusun FAM untuk pasukan, kita sebenarnya tak cukup masa untuk menguji lagi. Dalam jangka masa yang semakin hampir dengan kejohanan sebenar, masa ini seharusnya dalam kepala sudah lengkap kesebelasan utama kita. Dan kita turun dalam perlawanan persabahatan seperti ini bukan lagi untuk testing atau menguji dan memilih pemain tetapi sewajibnya kita turun dengan misi memberi amaran kepada jiran tetangga kita bahawa kita telah bersedia. Perlawanan-perlawanan seperti ini seharusnya adalah medan memperkuatkan keserasian dan persefahaman antara pemain. 

Eksperimen?
Adakah kita tidak kisah dengan keputusan perlawanan hanya kerana ianya perlawanan persahabatan? Vietnam datang ke sini penuh dengan misi memberikan amaran kepada pesaing mereka tetapi adakah kita turun sekadar masih lagi dengan misi memilih pemain? Ini bukan masanya lagi. Hampir 60 minit kita tenggelam dalam perlawanan ini. Hanya selepas kemasukan Safee Sali, S Kunalan, Alex dan Badrul Bakhtiar kita barulah mula mencabar. Dengan persembahan yang tidak memuaskan dalam separuh masa pertama pertukaran pemain sepatutnya telah dilakukan sewaktu rehat. Kita lihat, penyokong tetap bersama Malaysia walaupun ketinggala 2 kosong. Mungkin kita tak bernasib baik untuk tidak menjaringkan sekurang-kurangnya 1 gol saguhati tetapi perlu kita ingat Vietnam juga berpeluang menambah gol mereka.

Ok, yang sudah-sudah. Kita terima hakikat kita tewas malam ini. Tewas dengan jaringan gol juga tewas dalam memberikan cabaran terutamanya dalam 60 minit permainan. Kita tahu, semangat Harimau Malaya tak pernah pudar dan semua pemain telah bermain bersungguh-sungguh. Mungkin percaturan kita silap tetapi apa yang Malaysian Blues nampak? Malaysian Blues berharap Datuk K selepas ini tidak lagi masih mahu mencuba atau testing pemain. 2 tahun selepas kemenangan di Jakarta seharusnya sudah cukup untuk Datuk K tahu siapa yang seharusnya diturunkan dalam kesebelasan utama. Thats all! Dan jika diperlawanan persabahatan selepas ini pastikan kita turun dengan misi MEMBERI AMARAN dan mewujudkan label FEAR FACTOR kita kepada pencabar lain dan bukannya TESTING & TESTING lagi.

Come on Malaysia, Come on Harimau Malaya. Lupakan kekalahan malam ini. Kepada semua pemain dan Datuk K Rajagopal, kami tetap berada dibelakang kamu kerana kami juga anak Malaysia. 

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...