Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, September 4, 2012

BLOG VIEW: BAYANGKAN JIKA DROGBA GAGAL ...?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:39 AM, under ,,,,, | No comments

Salam to all...

DD...
Jika ada satu perlawanan yang tak mahu kita ingat dalam sejarah moden Chelsea, salah satu yang paling kita mahu lenyapkan dalam memori adalah kekalahan memalukan The Blues alami dalam Super Cup 2012. Kadangkala kita seakan tidak percaya atau termenung di depan kaca TV melihat bagaimana Chelsea di perbudak-budakkan oleh Atletico Madrid. Entah apa yang bermain dalam kepala pemain Chelsea malam itu, apa yang pasti sikap melawan Chelsea hilang malam itu. Entahlah.... kalaulah memori ini boleh dipadamkan sudah pasti kita lupakan.

Malaysian Blues cuba bangun dan memujuk diri sendiri. Ya! Chelsea bakal bangkit... pasti bangkit. Selepas kemenangan 3 perlawanan dalam liga mungkin kekalahan ini amat-amat sangat diharapkan membawa impak yang sebenar untuk Chelsea agar melihat diri sendiri dan seterusnya bangkit semula dari lamunan. Dengan barisan pemain yang ada musim ini sebenarnya Chelsea bukan sahaja mampu mencabar tetapi bakal merebut sekurang-kurangnya 1 atau 2 piala utama. Apapun yang berlaku malam itu... The Blues tetap King of Europe.

Ok rakan-rakan blues. Pernahkah kita bayangkan? Cuba kita kembali ke 3 bulan yang lalu... 


Imaginasikan... untuk satu ketika, apakah gayanya Chelsea hari ini jika Didier Drogba tidak cukup pantas untuk menjulurkan kepalanya dan menggegarkan gawang Bayern Munich dengan tandukan derasnya yang membawa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan? Hanya 2 minit sahaja memisahkan masa sebenar dan kemenangan berpihak kepada Bayern Munich... berasa lega? Drogba cukup pantas...

Imaginasikan... untuk satu ketika, bagaimanakah hidupnya Chelsea hari ini jika Petr Cech tersalah perkiraan malam itu dan merebahkan diri ke arah yang salah lalu penalti Arjen Robben menerjah masuk ke dalam gol Chelsea? Gol kemenangan kepada Bayern Munich...
berasa lega? fuh lega... Cech tak salah perkiraannya...

Imaginasikan... untuk satu ketika, sekali lagi Drogba, jiwanya tak cukup tenang dan terlalu tertekan dalam mengambil sepakan penalti lalu sepakannya melambung tinggi atau terlalu perlahan lalu di tepis mudah penjaga gol Bayern Munich, Nueer? 
berasa lega? Drogba cukup tenang... Akhirnya... kita dinobatkan juara Liga Juara-juara Eropah buat kali pertama. King of Europe.


Di suatu waktu dahulu, beberapa tahun sebelumnya, ketika Chelsea tidak dianggap sebuah kelab gergasi di England atau Britain, kemudiannya Eropah dan Dunia (sikit masa lagi...). Dapatkah kita fikirkan atau imaginasikan lagi bagaimana Chelsea sekarang sekiranya John Terry di Moscow 2008 tidak tersalah langkah dan jaringan penaltinya menobatkan Chelsea juara Eropah ketika itu... dan... di mana Chelsea agaknya sekarang? Siapa yang akan menyertai Chelsea selepas itu? Adakah Avram Grant masih menjadi pengurus Chelsea (Malaysian Blues  tak berminat!!!!)? Yup... cubalah diimaginasikan... dan kita sebagai penyokong the Blues tidak pernah tahu apa sebenarnya takdir Chelsea selagi ianya belum berlaku. Ditakdirkan Chelsea belum layak lagi digelar juara Eropah ketika itu dan Barcelona semakin kuat dari hari ke sehari.

Sekali lagi kita bayangkan... Didier Drogba tak cukup pantas untuk menanduk masuk gol penyamaan dan 2 minit selepas itu permainan ditamatkan dan impian Chelsea terkubur sekali lagi. Kita terkeluar dari saingan Champions League sekurang-kurangnya satu musim, kita tidak mempunyai pengurus, tiada pemain berwibawa mahu menyertai Chelsea dan kita berada di bawah 5 pasukan lain dalam liga EPL. Ahhhhhhhhhh.......Kita pasti lega... Drogba tidak mengulangi kesilapan JT di Munich. Dan hari ini selepas kita memenangi Champions League... musim ini kita punya satu pasukan yang terbaik. 

Dan hakikatnya... dengan kejayaan itulah juga kita berada di pentas akhir European Super Cup. Dan tiada siapa antara kita sebelum ini mengimaginasikan begitu kesudahannya... 

Sebagai fans, kita berhak risau. Kita berhak untuk rasa terpinga-pinga. Ikhlasnya, barisan pertahanan the Blues agak rapuh ketika ini. 4 perlawanan setakat ini (3 EPL, 1 Super Cup) adalah terlalu kerap untuk kita lihat betapa barisan pertahanan dan holding midfield terlalu banyak memberikan ruang untuk pihak lawan. Kita gagal menangani counter attack dengan berkesan. Barisan pertahanan terlalu lambat untuk kembali dan covering yang tidak mencukupi untuk ruang yang telah dikosongkan... beberapa silly mistake yang memberikan sepakan percuma di luar kotak penalti telah dimanfaatkan pihak lawan. Lihatlah bagaimana Reading menjaringkan gol mereka. RDM perlu segera memperbaiki dan menyusun bahagian pertahanan Chelsea. Kita harapkan John Terry kembali segera untuk memimpin pertahanan. Selain ini pembelian Azpilicueta diharapkan akan mengembalikan status bahagian pertahanan Chelsea yang pernah diiktiraf paling sukar ditembusi sedikit masa dulu.


2012/13... Torres pay back time!
Torres. Yup Torres. Musim 2012/13 adalah peluang sebenar Torres untuk menyakinkan dan membayar balik segala kesabaran dan sokongan penyokong selama ini. Inilah musimnya. Inilah masanya. Mungkin Torres mendapat aksi yang terhad musim lalu kerana dibayangi Drogba. Hari ini, tiada alasan untuk Torres untuk tidak merobek gawang lawan seberapa banyak yang boleh. Dengan Hazard dan pemain terbaik Chelsea musim lalu, Mata dibelakang Torres, apa lagi yang kita harapkan selain Torres menafikan segala kritikan dan cemuhan selama ini dengan sentuhan penyudah berbisa yang pernah kita saksikan suatu ketika dulu. Perlu Torres ingat, penyokong sentiasa menyokongnya selama ini. 



Selain itu Victor Moses, Marko Marin, Oscar, Sturridge, Ramires juga mesti merebut tempat dalam kesebelasan utama. Persaingan ini persaingan yang sihat. Semuanya muda dan bersemangat. Buktikan! Ya... mungkin berita yang ditunggu-tunggu disaat akhir tempoh perpindahan tidak kesampaian. Tiada Hulk, tiada Cavani, tiada Schurrle... tiada masalah. Pencarian Chelsea sebenarnya belum tamat. Mungkin ada bintang baru musim perpindahan Januari ini (Falcao?). Team muda yang kita ada sebenarnya cukup untuk mencabar dan berupaya merebut beberapa kejuaraan utama musim ini. 


Hazard... nightmare for rival?
Kepada peminat dan penyokong The Blues, keep calm... keep faith... keep the blue flag flying high.

Nota kaki MALAYSIAN BLUES:
15/09/2012 - Chelsea mesti bangkit dan mulakan dengan pertemuan West London derby dengan QPR. Tunjukkan taring sebenar Chelsea dan berikan keputusan yang memberangsangkan dengan membelasah QPR secukup-cukupnya sebagai pesanan kepada pencabar-pencabar lain. 


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...



0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...