Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, September 11, 2012

BLOG VIEW: BAKI MATCH THE BLUES SEPTEMBER - 5 PERLAWANAN, 5 KEMENANGAN?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:35 AM, under ,,, | No comments

Salam to all...

Dah penat menunggu minggu-minggu tak ada bola? Yup... hujung minggu ini bermula cabaran The Blues untuk meneruskan rentak kemenangan (lupakan kekalahan Super Cup). Ada lima  lagi perlawanan Chelsea sepanjang September. 

Bulan yang cukup sibuk untuk Chelsea. 5 perlawanan dalam 14 hari. Jadual yang agak ketat tetapi yang bagusnya sepanjang September, The Blues tak perlu keluar dari kota London.

Pay back time!
Hujung minggu ini, The Blues akan membuat kunjungan dekat dengan rival Queen Park Rangers. 15 September 10 malam waktu KL. Match Chelsea untuk September macam ni:

Sabtu 15/09 10:00pm - QPR (EPL - Away)
Khamis 20/09 2:45am - Juventus (Champions League - Home)
Sabtu 22/09 10:00pm - Stoke City (EPL - Home)
Khamis 27/09 2:45am - Wolves (League Cup - Home)
Sabtu 29/09 7:45pm - Arsenal (EPL - Away)

Seperti biasa, 1st game selepas international break agak sukar dan perlawanan dengan QPR di tempat lawan boleh kata pertemuan sukar yang The Blues terpaksa hadapi. Musim lepas Chelsea tewas dan menamatkan kareer Anelka di Chelsea. Perlawanan itu juga jangan kita lupa yang mana John Terry dituduh mengeluarkan kata-kata "rasis" kepada Anton Ferdinand (keputusan mahkamah menyebelahi Terry). Apa yang dapat dijangka, suasana panas akan diterima Chelsea dalam kunjungan kali ini. Apapun Malaysian Blues melihat tiada apa yang perlu dirisaukan jika semua pemain yang diturunkan beraksi pada tahap sebenar. Dengan QPR, Chelsea sememangnya lebih baik berbanding QPR dan Malaysian Blues menjangkakan kemenangan berpihak kepada the Blues.
~ keputusan: Chelsea win

Juara Serie A 2011/12 - Juventus
Chelsea kemudiannya akan memulakan cabaran mempertahankan gelaran Juara Eropah dengan menerima wakil Itali, Juventus pada pagi Khamis. Perlawanan peringkat kumpulan yang agak tough untuk Chelsea tetapi bagi memastikan misi untuk menjuarai peringkat kumpulan, the Blues perlu menang dalam perlawanan di tempat sendiri dengan Juventus dan Chelsea mampu menjinakkan mereka.
~ keputusan: Chelsea win

Selepas Juventus, Stoke City di Stamford Bridge lagi. Macam kita tahu, Stoke City adalah pasukan yang agak liat dan mempunyai gaya permainan yang berfizikal tetapi bagi Malaysian Blues, mereka adalah jenis lawan yang mana title contenders seperti Chelsea menang di tempat sendiri. For sure.
~ keputusan: Chelsea win


Kemudiannya The Blues akan bermain sekali lagi pagi Khamis untuk melayan pasukan Championship, Wolves untuk League Cup (tahun ini dikenali sebagai Capital One yang sebelum ini Carling Cup). Bagaimana RDM akan menyusun pemain dan memberikan rehat untuk barisan utama, kita tunggu dan lihat. Apa yang pasti, ianya sepatutnya kemenangan mudah bagi Chelsea. Apa lagi yang diharapkan sebelum kita berkunjung ke Emirates 2 hari selepas match ini. 
~ keputusan: Chelsea win

Akhirnya, perlawanan penutup September. Perlawanan selepas Maghrib waktu KL (so... make sure maghrib dulu... kat London waktu tengahari). Perlawanan yang pastinya menjadi bualan. Apa yang kita nampak setakat ini, Arsenal agak sedikit kental dalam pertahanan mereka musim ini tetapi jelas kelihatan sedikit bermasalah di barisan hadapan untuk menjaringkan gol. Dengan barisan yang Chelsea ada dan percaturan taktikal yang betul oleh RDM, Chelsea mampu untuk menenggelamkan sorakan penyokong The Gunners malam itu. Jika Chelsea menang, perghhhhhh... pasti meriah.
~ keputusan: Chelsea win

Ok. Andai apa yang dirancang menjadi, The Blues akan menutup akaun liga untuk bulan September dengan maksimum 18 mata dan kekal sebagai pendahulu liga. Apa juga berlaku dengan pasukan lain, paling baik pencabar terdekat mungkin 2 mata dibelakang selepas 6 perlawanan liga. Yup, perjalanan liga EPL sememangnya masih jauh, tetapi rentak ini dan momentum yang ada perlu dikekalkan.

Apa yang tidak diingini semua ialah andainya seri atau tewas dengan QPR dan diikuti Juventus melaksanakan "italian job" di Stamford Bridge dan mereka beroleh kemenangan dan kemudiannya kita gagal menang di Emirates. Apa yang berlaku, Chelsea akan menamatkan September dengan hanya 12 mata dan mungkin ketinggalan dengan Man City dan Man United 3 atau 4 mata dibelakang. Mungkin? 

Dont Worry... You can count on me...
So, apa yang kita mahukan? Chelsea mesti menang semua perlawanan dengan mulakan dengan membelasah QPR sebagai mesej amaran kepada semua. Malaysian Blues  yakin The Blues boleh. Tutup sahaja cakap-cakap yang memandang rendah Chelsea,

Chelsea akan melangsaikan tugasan sepanjang September dengan 5 kemenangan?

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...