Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Thursday, August 30, 2012

EUROPEAN SUPER CUP: CHELSEA vs ATL MADRID. APA NAK DI KATA?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 5:43 PM, under ,,,, | No comments

EUROPEAN SUPER CUP 2012
CHELSEA vs ATLETICO MADRID 
Stadium Stade de Louis II, Monaco
01/09/2012 2:40AM Live on AstroSuperSports

Salam to all...



The Blues berpeluang untuk merangkul piala pertama musim 2012 ini apabila akan bertemu dengan juara Europa Cup musim lalu Atletico Madrid di Monaco esok. Masa yang terbaik untuk berhadapan perlawanan European Super Cup (USC) ini. Momentum 3 kemenangan berturut-turut dalam liga dengan prestasi terkini yang berada dalam kedudukan mantap serta barisan pemain yang boleh dikatakan "fully fit". Inilah masanya.

Signifikan USC sering dipandang sepi di mana ada yang menganggap ianya hanya satu perlawanan memeriahkan suasana sahaja yang mana tidak diberikan tumpuan. Apapun bagi Malaysian Blues ianya satu perlawanan final yang mesti dimenangi dan perlu diberikan tumpuan. Begitu pun walaupun kemenangan cukup penting, kita tidak mahukan ada kecederaan teruk ke atas pemain memandangkan musim baru bermula.

Ceritanya... Chelsea pernah bergelar juara Super Cup ini pada tahun 1998. Sebagai juara Cup Winners Cup (kejuaraan sebelum EUROPA Cup diperkenalkan), Chelsea dipertemukan dengan juara eropah ketika itu, Real Madrid. Jaringan tunggal daripada Gustavo Poyet yang masuk sebagai pemain gantian menggantikan Roberto di Matteo membolehkan Chelsea merangkul piala ini menundukkan barisan bintang Real Madrid ketika itu termasuk  Clarence Seedoft, Raul Gonzalez, Roberto Carlos dan Fernando Heirro. Ketika itu, jiran mereka yang menjadi lawan kita esok Atletico Madrid bukanlah 1 team yang kuat.

European Super Cup 1998 : Chelsea 1 - Real Madrid 0


Sama seperti Chelsea, Atletico Madrid juga pernah sekali memenangi kejuaraan ini 2 tahun yang lepas dengan menumpaskan Inter Milan. Seperti mana juga Chelsea, Atletico Madrid hadir untuk perlawanan ini dengan momentum yang terbaik mereka selepas membelasah Atletic Bilbao 4-0 dalam perlawanan minggu lepas. Pemain yang dikaitkan dengan Chelsea, Falcao menyumbat hatrik dalam perlawanan tersebut.

Secara jujurnya, dari kaca mata luar dari Chelsea, tidak banyak orang memikirkan bahawa Chelsea lebih superior berbanding Atletico Madrid untuk perlawanan ini hanya kerana kita adalah juara bertahan Champions League dan mereka juara bertahan Europa League. Tapi bagi peminat Chelsea termasuklah Malaysian Blues yakin bahawa mereka sedar bahawa The Blues sememangnya lebih superior kerana Chelsea adalah kelab yang lebih besar dan lebih kuat. Simple brader...

Thibaut Courtois.  Satu hal yang mungkin bermain di minda penyokong Blues ialah pemain ini. Courtois adalah pemain Chelsea yang dipinjamkan ke Atletico Madrid sejak 2 musim yang lalu. Penjaga gol yang masih muda lagi ini tidak dinafikan kehebatannya. Memandangkan Petr Cech merupakan penjaga gol no. 1 Chelsea yang kekal gah dan mantap, Chelsea memberikan ruang untuk Courtois menimba lebih pengalaman dengan dipinjamkan ke Atletico Madrid. Persembahannya cukup mantap dan membantu Atletico Madrid menjuarai Europa League sebagai penjaga gol utama. Peminat Chelsea mungkin terbahagi dua dalam hal penglibatan Courtois dalam perlawanan esok memandangkan dia adalah pemain Chelsea. Apapun Chelsea memberikan kebenaran untuk dia bermain esok. 

Thibaut Courtois
Sesetengah peminat Chelsea mahu melihat pemain ini beraksi dalam satu perlawanan yang penting dan bertambah pengalaman dalam perlawanan besar peringkat Eropah. Sebahagiannya pula mahukan Chelsea "memaksa" untuk Atletico Madrid menggunakan penjaga gol kedua mereka yang "kureng" sikit iaitu Sergio Ajenso dan memberikan Chelsea peluang yang lebih baik untuk memenangi perlawanan ini. Jika ditakdirkan kita tewas dengan Courtois beraksi cemerlang menafikan gol dari Torres, Hazard, dan lain-lain... pasti akan jadi satu cerita lain. Apapun dari kaca mata Malaysian Blues, hamba tidak menentang keputusan RDM membenarkan dia bermain. Hakikatnya, kehadiranya tidak akan memberikan kelebihan drastik untuk Atletico Madrid menewaskan Chelsea. Bagus untuk dia bermain dan Malaysian Blues merasakan dia berhak diberikan peluang untuk bermain selepas aksi cemerlangnya musim lepas.

Sepeti yang telah RDM war-warkan, Chelsea bakal menurunkan kesebelasan paling mantap untuk pertemuan ini.  Selain kapten John Terry yang masih dalam penggantungan perlawanan peringkat Eropah dan Marko Marin yang cedera hampir keseluruhan team fully fit. Gary Cahill akan mengemudi pertahanan tengah bersama David Luiz. Malaysian Blues tidak menjangka pemain baru Azpilicueta akan membarisi 1st eleven tetapi bermula dibangku simpanan. Ivanovic akan bermula di pertahanan kanan.

Champion League moment...
Frank Lampard yang direhatkan ketika perlawanan dengan Newcastle mungkin akan bermain bersama Mikel dibahagian midfield. Mungkin ada yang tak suka Mikel kerana banyak melakukan kesilapan pada perlawanan awal tetapi pemain ini semakin tenang dan persembahan lebih menyakinkan ketika menentang Newcastle, so dia patut main sebagai holding midfielder. Hazard dan Mata hampir pasti akan diberikan kepercayaan RDM untuk menjana serangan dibelakang Torres. Apa yang pasti... RDM diharapkan akan dapat menyusun team terbaik dan terkuat untuk menang perlawanan ini memandangkan 3 minggu rehat selepas ini. 

Atletico Madrid. Yup.... Malaysian Blues sebenarnya tak tahu sangat berkenaan kekuatan mereka. Selain Courtouis yang kita tahu, penyerang mereka Radamel Falcao perlu diberi lebih perhatian. Penyerang ini tidak perlu dipersoalkan lagi adalah salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini. Rekodnya bersama Porto dan musim lepas bersama Atletico cukup menggerunkan. Dalam edisi Europa League, Falcao merekodkan 30 gol dari keseluruhan 31 perlawanan! - cukup menggambarkan betapa ganaznya dia. Fuyoooooooo. This is the man to watch esok dam manarik bagaimana David Luiz akan melayan si Falcao. Apa yang pasti jika jentera tengah mereka dapat disenyapkan oleh "Hazard & co" so kita patut memenangi perlawanan ini.

Ok. Chelsea menentang kelab dari Sepanyol memang best untuk ditonton. Musim lepas kita melenyapkan impian 2 team Sepanyol iaitu Valencia dan Barcelona (ha? Barcelona... hahahahaha) dalam perjalanan kita menjulang piala Champions League. Perlu diiingat, 2 team ini menamatkan liga mereka di kedudukan lebih tinggi daripada lawan kita esok. Secara jujur dan secara akal logik metamatik tahun 3, Malaysian Blues rasa Chelsea akan menang esok. 3-1. InsyaAllah

So.... tunggu dan lihat. Jangan lupa. Chelsea vs Atletico Madrid esok. Keep the blue flag flying high...

Barisan yang mungkin:
Petr Cech, Ivanovic, Cahill, Luiz, Cole, Mikel, Lampard, Ramires, Mata, Hazard, Torres.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...



Wednesday, August 29, 2012

BLOG VIEW: CHELSEA EPL - 35 PERLAWANAN LAGI ~ TARIK NAFAS & LEPASKAN...

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 6:10 PM, under ,,,, | No comments

Salam to all...
Keep the blue flag flying high..
Sembilan mata. Lapan gol. Tiga perlawanan selesai. Satu bintang baru. What can i say... permulaan yang baik. 

Eden Hazard? berbaloi 32 juta pound yang dibelanjakan untuk membawa masuk beliau? Wowowowo... 
Untuk dengan mudah kita katakan "balik modal" mungkin agak terlalu awal tetapi persembahan yang menakjubkan beliau dan 3 perlawanan pertamanya dengan Chelsea, Malaysian Blues dengan senang hati declare... inilah yang kita nantikan. Statistik mudah - menjanakan 6 dari 8 gol setakat ini, 1 gol dalam akaun individu, pemain pertama dalam sejarah EPL dinobatkan man of the match dalam 3 perlawanan berturut-turut (mungkin 4 perlawanan dan seterusnya?) beliau sememangnya hebat... cukup hebat. Bukan mudah untuk pemain yang sebelum ini beraksi untuk kelab Lille dalam liga level 2 eropah (Ligue1... liga 2nd class, ada orang cakap macam tu la) dan dengan usia yang cukup muda mengadaptasikan diri dengan mudah dalam EPL yang dikatakan liga paling tough! Apa yang kita harapkan sekarang ialah prestasi yang terus mantap dari pemain ini dan elakkan kecederaan dalam perlawanan-perlawanan akan datang. Keep it up bro! 

EPL August player of the month?
3 perlawanan EPL selesai. Hingga pertemuan dengan QPR tengah bulan September, semua blues fans sekarang ini boleh rehatkan sedikit minda... tarik nafas dan keep calm.

Chelsea FC - kisahnya... kemenangan ke atas Wigan & Reading, mungkin tak sukar menjangkakan kemenangan Chelsea sebagai status king of Europe tetapi kemenangan ke atas Newcastle United di Stamford Bridge? Menterbalikkan keputusan perlawanan sama bulan May lepas yang menyebabkan kita terperosok ke tempat ke 6 liga? Penguasaan perlawanan yang boleh dikatakan milik Chelsea... kemenangan ini amat menakjubkan dan menggembirakan kita. Yeah! 

Kita akan berkunjung ke QPR selepas break. Match yang mampu dimenangi. Selepas itu kembali ke Stamford Bridge untuk melayan team yang cukup fizikal Stoke City sebelum panas London Derby dengan Arsenal. Itu sahaja EPL untuk September.
Hakikatnya, RDM dan pemain Chelsea sedar 3 game yang akan datang ini tidak akan menggambarkan bagaimana musim ini akan berakhir tetapi merebut mata maksimum di peringkat awal ini akan memastikan mereka hanya sentiasa perlu fokus untuk tidak tewas dalam perlawanan yang lebih sukar selepas ini.
Segalanya nampak telah berubah. Fernando Torres juga hampir telah kembali kepada yang terbaik dan tidak lagi dibayangi bayang-bayang Drogba. Lampard dan Terry sepertinya 5 tahun lebih muda (opss) dan gaya RDM juga kelihatan seperti boss yang mempunyai karisma dan kelas. Apa yang pasti, barisan muda Chelsea (tiada siapa berani kata ini team kuda tua lagi) nampak pantas serasi bersama

Yup.... 3 minggu break EPL. Sebenarnya bukanlah masa terbaik untuk break ketika ini selepas momentum yang telah semua pemain tunjukkan di awal musim tetapi dari segi yang lainnya, masa rehat yang ada ini adalah peluang untuk muka-muka baru seperti Oscar (yang baru selesai misi olimpiknya), Victor Moses dan Azpilicueta menyesuaikan diri dengan lebih mantap dengan teammate baru mereka. Selain itu Juan Mata juga dilihat perlukan sedikit rest selepas penglibatannya dalam EURO2012 dan Olimpik. 


Chelsea new blood next week?
Entah la... susah nak dikatakan. Ada 2-3 hari lagi sebelum musim perpindahan ditutup. Bukan tak kenal Chelsea... jika ianya Chelsea, maka rumours akan terus berlegar sehinggalah tamat secara rasminya musim perpindahan ini. Apa pun kita tunggu dan lihat.... tetapi Malaysian Blues mengharapkan 1 signing (penyerang) akan menyertai Chelsea sebelum tutup masanya. Mungkin juga ada pemain kita yang akan dilepaskan... siapa tahu?
Jumaat pagi Sabtu. 2:40 pagi waktu KL. Chelsea akan berhadapan dengan Atletico Madrid di Monaco untuk perebutan European Super Cup. Dengan RDM berjanji untuk membariskan barisan terbaik Chelsea dalam perlawanan ini, kita harapkan piala pertama Chelsea untuk musim ini. Selepas terlepas Community Shield, kita jangkakan RDM akan memberikan "basuhan" terbaiknya kepada semua player untuk beraksi cemerlang untuk membawa pulang piala ini ke Stamford Bridge. Kepada semua fans Chelsea, jangan lupa! takut kempunan bola nanti bila 3 minggu tak ada live Chelsea. Hahahaha!


Champion League Final - pic dari page MBAS - thumb up!
  https://www.facebook.com/groups/MalaysianBluesArmySupporters/  
Setakat itu sahaja... kepada geng2 Chelsea seluruh negara termasuk group MALAYSIA BLUE ARMY SUPPORTERS (MBAS) - https://www.facebook.com/groups/MalaysianBluesArmySupporters/  termasuk yang akan berkampung di Leeyas Corner, Bangsar untuk Chelsea vs Atl Madrid, juga di mana jua berada di seluruh pelusuk negara... selamat bernonbar - jaga tatatusila. Nampak gaya Malaysian Blues tengok live di internet lagi match ni (minggu ni nak balik kampung, x ada astro). 
Sehingga itu... TARIK NAFAS DAN LEPASKAN PERLAHAN-LAHAN becoz we are Blues Gang (ha! blues gang? Ito?).... hehehe.
Wassalam to all. See u next posting jika rajin.







Berikan komen anda tentang cerita ini..




Tuesday, August 28, 2012

BLOG VIEW: Dari SEGAMAT ke STAMFORD BRIDGE.

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 3:30 PM, under ,,,, | No comments


MANCHESTER UNITED, LIVERPOOL, ARSENAL, CHELSEA...
I Pick Mine... CHELSEA. My Blues My Chelsea.
Diupdate dan dipublish semula pada 16/08/2012

Salam to all.
Liga Perdana Inggeris musim baru 2012/13 telah pun memulakan persaingan. Persaingan yang mencuri perhatian peminat-peminat seluruh dunia. Di Malaysia tidak terkecuali. Bagi peminat bolasepak Malaysia, EPL telah menjadi kegilaan bukan sahaja anak-anak muda tetapi boleh dikatakan hampir majoriti peminat bolasepak.

Selain pasukan Harimau Malaya (wajib bagi peminat bolasepak Malaysia) masing-masing mempunyai pasukan pilihan masing-masing. Apa yang pasti kelab-kelab bolasepak EPL terutamanya Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal telah mempunyai pengikut yang ramai di Malaysia. Tidak dinafikan juga pasukan-pasukan seperti Spurs, Manchester City, Swansea (hah? Swansea?!) ada peminatnya sendiri.

My CHELSEA
BLOG MALAYSIAN BLUES cuba mengupas dan meneka apakah yang bermain dalam kepala & minda peminat-peminat bolasepak tanahair yang menjadi pengikut setia pasukan pilihan mereka sendiri. Ada sesetengahnya menjadi peminat hardcore team syaitan merah Manchester United, ada yang never walk alone menyokong Liverpool, ada juga yang sanggup menahan panas telinga bertahun-tahun dengan meriam yang semakin tak berbunyi The Gunners dan ada yang kekal blues dengan Chelsea.

Wayne Rooney (Man United)
Theo Walcott (Arsenal)
Didier Drogba (Chelsea)
Steven Gerrard (Liverpool)
Bagaimana seorang peminat bolasepak terjerumus dalam menyokong pasukan bolasepak dari Liga Perdana Inggeris? Dikalangan orang-orang yang rapat dengan kita, rakan-rakan kita, adik beradik kita... kadangkala mempunyai pilihan yang berbeza. Hakikatnya jika kita ini tinggal di UK, pilihan untuk siapa dan mengapa pasukan itu menjadi pilihan mungkin tidak sukar dijangka. Anda mungkin tinggal menetap di berdekatan dengan Fulham Road, London maka anda akan menyokong Chelsea. Atau mungkin bekerja di Manchester dan menyokong Manchester City atau United. Samalah seperti seorang yang lahir dan dibesarkan di Bachok pastinya penyokong Kelantan Red Warriors.

Persoalannya: Bagi peminat bolasepak di luar UK, ianya menjadi sesuatu yang agak trigger ketika mula menyokong sesebuah kelab bolasepak EPL. Bagaimana seseorang yang lahir di Segamat memilih Chelsea sebagai pasukan pilihannya? Yang menetap di Sandakan memilih Liverpool? Agak sukar meneka? Berbagai sebab memungkinkannya. Mungkin kerana kejayaan berterusan sesebuah kelab menjadikan seseorang itu mula meminati dan menyokong kelab tersebut. Atau mungkinkah juga disebabkan pemain bolasepak yang amat diminati bermain dalam pasukan tersebut. Bagi peminat bolasepak di luar UK terutamanya di Asia termasuk di Malaysia, kadangkala seseorang itu memerlukan sebab untuk menyokong sesebuah pasukan bolasepak EPL. Mungkin bunyinya agak janggal bagi peminat di UK sendiri, hahahaha. Di Malaysia, bolasepak adalah sukan yang paling diminati. Sukan no. 1 negara. Walaupun zaman kegemilangan bolasepak negara pernah merundum suram sejak awal 90an hinggalah beberapa tahun yang lepas. Kegilaan bolasepak tidak pernah hilang. Amat mudah kita melihat seseorang di kalangan kita memakai jersi (ori atau siam made bukan persoalan) kelab EPL, La Liga dan sebagainya.Bagi BLOG MALAYSIAN BLUES... kenapa memilih CHELSEA? Why Chelsea?

Chelsea back to back 2004/05 & 2005/06
MALAYSIAN BLUES mula mengenal bolasepak ketika zaman kanak-kanak di sebuah rancangan Felda di Segamat Johor sekitar hujung 70an/awal 80an (tidak sukar meneka mengapa salah sebuah pasukan bolasepak yang diminati ialah Felda United).

Ian Rush (Liverpool)
Ketika penghujung 70an atau awal 80an, tiada rangkaian televisyen satelit untuk kami di pendalaman terutamanya di kawasan felda seperti tempat lahir saya. Malah ketika itu tiada pun elektrik. Menonton TV pun menggunakan generator ataupun bateri terpakai yang perlu dicaskan setiap 3-4 hari.
Apapun setiap malam rabu selain tayangan wrestling (ingat lagi Hulk Hogan? bukan Hulk Porto yang kita kejar...) ada ditayangkan beberapa rakaman highlight bolasepak dari UK. Antara yang paling diingati ialah rancangan Road To Wembley. Ketika itulah mula mengenal bolasepak luar. Apa yang pasti ketika itu pasukan Liverpool adalah antara yang paling diminati. John Barnes? Ian Rush? Kenny Daglish? Lagenda di Liverpool. Jadi adalah tidak sukar untuk meneka agak ramai penyokong Liverpool berumur sekitar 40-50an ketika ini. Selain itu kelab yang top ketika itu ialah Everton. Saya mengikut abang-abang saya meminati Liverpool tanpa sebab. TV pun ketika itu hitam putih. Sebab seperti ini juga memungkinkan sesetengah orang yang mengikut rentak keluarga menyokong sesetengah kelab di mana mereka membesar menonton perlawanan kelab yang diminati oleh keluarga mereka.

Eric Cantona (Man United)
Penghujung 80an dan awal 90an, Manchester United adalah pasukan yang cukup hebat. Siapa yang tidak mengenali Eric Cantona, David Beckam. Jadi amatlah lumrah ketika ini, banyak peminat Man United berusia sekitar 30 ke 40 tahun. Pencapaian yang konsisten Man United sehingga ke hari ini memastikan tumbuhnya penyokong-penyokong muda yang hardcore Man United. Selain Liverpool, Manchester United adalah kelab yang mempunyai peminat teramai di Malaysia. Di penghujung 90an hingga awal 00an (00an? hahahaha apa punya ayat ni) hanya ada 3 pasukan yang mencabar kejuaraan EPL ~ Manchester United, Liverpool, Arsenal. Sehinggalah Chelsea mengorak langkah mencabar pasukan-pasukan ini bermula awal 2003 dan 2004.

Bagi MALAYSIAN BLUES, sekitar tahun 1995-97 ketika belajar di salah sebuah universiti tempatan di KL, saya mula tertarik dengan strategy games komputer. Selain permainan Red Alert (game perang-perang), games Championship Manager adalah pilihan saya. CD games pirate berlambak dipasaran ketika itu terutamanya di Plaza Imbi. Dari situlah saya mula mengenal sebenarnya EPL, FA Cup, Champions League. Memandangkan ketika itu saya belum lagi peminat hardcore mana-mana pasukan, biasanya saya memilih Chelsea jika bersaing dengan rakan-rakan yang dah terlebih dahulu memilih Liverpool atau Manchester United. Seronok dan tak ingat dunia ketika menyusun strategi perlawanan. Jual beli pemain dan sebagainya. Ketika itu jugalah baru mula mengenal internet. Bertitik tolak dari situ saya mula mengenali pemain-pemain lagenda Chelsea seperti Ruud Gullit, Mark Hughes, Dan Petrescu, Roberto Di Matteo, Zola dan Gianluca Vialli. Tahun 1997, Chelsea menjuarai Piala FA dengan Ruud Gullit menjadi player manager ketika itu menumpaskan Middlesborough 2-0. Tahun 1998, Chelsea menjuarai League Cup dan European Cup Winners Cups dengan Gianluca Vialli menjadi player manager.


Apapun, prestasi Chelsea ketika itu dalam liga tidak begitu memberangsangkan. Apabila TV satelit mula menerobos ruang tamu rumah-rumah di Malaysia awal 2000, saya tak berkemampuan untuk memilikinya. Dengan internet pun tak ada ketika itu, saya agak tertinggal. Sesekali hanya dapat menonton perlawanan live di kedai mamak atau di rumah rakan. Namun begitu, biasanya perlawanan live EPL hanya tertumpu kepada Man United, Liverpool dan Arsenal. Hanya sesekali ada live team lain jika slot tidak clash dengan pasukan top 3 tersebut. Chelsea tidak terkecuali. Hinggalah pada tahun 2003 atau 2004 saya memasang Astro di rumah sendiri. Week in Week out... makan bola, tido bola. Saya mula mengikuti lebih rancak perjalanan bolasepak Chelsea.

Jose Mourinho (Chelsea)
Julai 2003, Roman Abramovich membeli Chelsea. Musim 2003/2004 Chelsea mencapai pencapaian terbaiknya selepas 25 tahun apabila The Blues menamatkan musim tersebut ditangga kedua liga dibelakang Arsenal. Man United di tempat ketiga dan Liverpool ke empat. Penyerang Chelsea ketika itu ialah Jimmy Floyd Hasselbank. Kehadiran Jose Mourinho musim 2004/05 membawa Didier Drogba, Arjen Robben, Ricardo Cavalho, Michel Essien dan beberapa bintang yang lain. Apa nak di kata... Chelsea got money! Musim 2004/2005 dan 2005/2006 adalah yang terhebat apabila Chelsea menjulang EPL dua tahun berturut-turut. Jose Maurinho. Opps.... post ini bukan berkenaan sejarah Chelsea. Tapi begitulah serba sedikit bagaimana MALAYSIAN BLUES mula mengikuti The Blues. Tidak pasti bilakah ianya bermula, bermula dari era Ruud Gullit dan Gianluca Vialli ... mungkin lebih tepat ketika Gianfranco Zola...Chelsea.

Zola & Gullit (Chelsea)
Hakikatnya, anda tahu anda benar-benar adalah penyokong kelab tersebut apabila anda rasa macam terduduk diam seribu bahasa bila mana pasukan anda tewas. Tanyalah penyokong Arsenal, ketika raya nak menjelang season 2011/12... mood sedikit tenggelam bila dititik MU 8 biji di Old Trafford. Perrrrrrrrrrgggggggghhhhhhh!!! Anda tahu anda penyokong kuat bilamana anda selalu bergasak dengan member penyokong pasukan lain kat fb. Tanpa saya pasti bila ianya bermula, saya telah mempunyai team sendiri MY CHELSEA bila wallpaper PC saya mula berkaitan dengan Chelsea. Di cermin belakang kereta saya dah terlekat sticker Chelsea dan dengan almari saya mula penuh dengan jersi-jersi Chelsea. Almari anda? (ori atau siam bukan persoalan)...

IKLAN JAP: BELI JERSI SIAM GRED AAA DI ILHANSPORTSONLINE...

ILHANSPORTSOnline
Adakah perlu sebab untuk penyokong seperti kita di luar UK memilih pasukan EPL mana yang hendak diikuti selain kita mengikuti pasukan Harimau Malaya dan pasukan liga Malaysia? Apa yang pasti, jika anda real fan, keperluan sebab tidak berterusan wujud. Kita tahu begitu ramai penyokong Liverpool yang mula menyokong The Reds ketika di zaman kegemilangannya ketika 80an tetap kekal menyokong Liverpool ketika zaman gelap mereka (sekarang la masa zaman gelap mereka). Begitu juga saya, begitu frust ketika Jose Mourinho meninggalkan Chelsea tetapi tidak merubah sokongan saya terhadap The Blues.


So... this is my story. Dari Segamat ke Klang ke Stamford Bridge. MY CHELSEA!

Sekadar minat bola....



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...

NEW SIGNING: VICTOR MOSES & AZPILICUETA.... BAGAIMANA PERKIRAAN ANDA?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 3:07 AM, under ,, | No comments


AZPI & MOSES... blue blood.
Chelsea akhirnya memeterai kontrak bersama 2 pemain yang menjadi target sepanjang musim panas di UK (musim kemarau & hujan di KL) minggu lalu. Pemain sayap Wigan, Victor Moses & pertahanan Marseille, Cesar Azpilicueta. Kedua pemain ini diperkenalkan kepada penyokong The Blues sebelum perlawanan menentang Newcastle United yang mana kita melengkapkan jadual EPL bulan Ogos dengan 3 kemenangan dari 3 perlawanan. So... sama ada kita suka atau tidak dengan new signing ini, kini adalah masanya untuk kita berada di belakang mereka ketika mereka sedang bersedia untuk menyarung jersi biru Chelsea buat kali pertama.

Ok bro... selain dari nilai wang yang RA keluarkan untuk pembelian mereka, apalagi yang mampu ditawarkan dari kedua pemain ini?

Victor Moses... Welcome to THE BLUES.
VICTOR MOSES - Hanya berumur 21 tahun, pemain ini cukup matang berbanding umurnya dan telah membuktikan nilainya dalam peringkat liga perdana Inggeris ketika bersama Wigan. RDM menjelaskan bahawa 2 perkara yang menyebabkan dia mahu mendapatkan Moses ialah pace yang konsisten dan keupayaannya beraksi wide play. Chelsea dilihat bermain lebih di bahagian tengah pada awal musim ini dan walaupun ianya agak berhasil, mungkin RDM memikirkan untuk keperluan seorang pemain sayap yang laju dan pantas untuk menembusi pertahanan lawan dalam cara yang berbeza. Moses mampu melakukannya. Lihat apa yang dia mampu lakukan ketika pertemuan Wigan-Chelsea dalam perlawanan pertama.

Victor Moses masih banyak yang perlu dibuktikannya. Hantaran silangnya bukanlah sentiasa yang terbaik tetapi perkembangan yang ditunjukkannya. Dia mempunyai cita-cita dan keyakinan dan mampu mempamirkan sesuatu yang berbeza. Dia mampu memberikan sesuatu yang mungkin pernah Joe Cole berikan satu ketika dulu. Apapun, kita menjangkakan pemain ini akan bermula dari bangku simpanan tetapi apa yang pasti, dia akan mendapat peluang untuk membuktikan nilai dirinya di tengah padang. Apa yang mampu kita harapkan ialah dia mempunyai sikap bersabarr untuk berjaya dan kita tidak mahu lagi bakat muda yang kita ada ini dibazirkan hanya di bangku simpanan.

Bukan PANIC BUY... Yup. Chelsea telah memburu pemain ini agak lama dan menilainya agak tinggi. Tiada persoalan tentang itu. Victor Moses mempunyai versatili dan mampu beraksi di mana-mana bahagian depan dan dari bahagian tengah attacking midfield - ini bonus. Very young talent - VICTOR MOSES.

Azpilicueta.
CEZAR AZPILICUETA - dibawa masuk RDM sebagai pengganti Jose Bosingwa sebagai pertahanan kanan. Apa yang kita boleh harapkan... mungkin dia akan menjadi instant hit player? Pemain muda Sepanyol ini mempunyai potensi yang cukup besar dan boleh dilihat lebih matang daripada umurnya.

Chelsea akan menggunakan Azpi (bolehla sebut Azpi... heheh) sebagai pemain pertahanan kanan. Pemain ini menawarkankan kepantasan, stamina dan semangat tinggi. Macam Ashley Cole, pemain ini juga suka menyerang di atas dan pantas kembali ke tempatnya bila diperlukan. Juga berkeupayaan membuat crossing yang baik yang mampu membantu bahagian midfield supply kepada Torres. Apa yang dapat kita jangkakan, mungkin RDM akan membuat rotation bersama Ivanovic di posisi pertahanan kanan dan perlu bekerja keras untuk tempatnya di bahagian pertahanan. Ianya bagus untuk Chelsea... biarlah RDM yang fikirkan.

So... apa yang anda fikirkan tentang mereka? VICTOR MOSES & CESAR AZPILICUETA.
Musim lalu kita ketandusan imiginasi dalam melakukan serangan tetapi musim ini dengan apa yang kita lihat dalam 3 perlawanan yang telah berlalu, dengan beberapa new signing yang muda dan cukup berbakat... Eden Hazard, Oscar, Marin, Victor Moses, Azilicueta.... kita bakal melihat sesuatu yang telah lama kita hilang di Chelsea FC.

Hujung minggu ini akan tutup musim perpindahan dan bukan kejutan untuk kita menerima sekurang-kurangnya 1 lagi pemain baru... mungkin seorang foward player... HULK? mungkin.... tunggu sahaja la....



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...

BLOG VIEW: CAVANI ~ SUDAH DIBACA! HAHAHA

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:07 AM, under ,, | No comments

Salam to all...

Edison Cavani diberitakan telahpun menandatangani kontrak baru dengan Napoli lengkap dengan nilai 50 juta EURO "buy-out clause" sehingga 2016. Rumours Cavani ke Chelsea dengan automatiknya terkubur. Hakikatnya ianya telah dijangkakan dengan Cavani menggunakan taktik tarik tali dan menyatakan minat ke Premier League dalam usahanya mendapat gaji & kontrak lebih baik bersama Napoli.

Malaysian Blues blogspot kini menunggu berita berkenaan Hulk... tunggu dan lihat. Kita ada beberapa hari lagi sebelum musim perpindahan ditutup. Samada Hulk atau sesiapa sahaja, Chelsea sememangnya perlukan seorang penyerang berbisa selain Torres, Sturridge & Victor Moses...

Cavani... tutup cerita.
Cavani... Cavani... Sudah dijangkakan... hahaha.
HULK? Tunggu & lihat!!!!!!!!!!!!!

Baca posting sebelum ini mengenai Cavani di Malaysian Blues...
klik MalaysianBlues posting:  BLOG VIEW: AZPI SIGN, MOSES HAMPIR PASTI... HULK & CAVANI?



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Monday, August 27, 2012

VIDEO: MARVELOUS TORRES & HAZARD ~ CHELSEA 2 - NEWCASTLE UNITED 0

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:09 PM, under ,, | No comments

Salam to all...
Just sharing.... video-video yang dikutip dari youtube & blog-blog...

Beware.... its more to come!
Highlight Chelsea 2 - Newcastle 0


Fernando Torres vs Newcastle United



HAZARD vs NEWCASTLE


Torres RABONA...
RABONA? new vocab for me... hehehe tak pernah dengar perkataan ni...




Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Sunday, August 26, 2012

CHELSEA 2 - NEWCASTLE UNITED 0: MANTAP! STAY ON TOP!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 3:13 AM, under ,, | No comments

This is what we want... flowing football from Chelsea FC!
CHELSEA 2 - Newcastle United 0
Hazard (pen) 22, Torres 45


Superb from Hazard & Torres!
2:40 pagi - Jobs done. Chelsea 2 - Newcastle United 0. Job done for today. Done very well. Chelsea kekal di puncak liga dengan kemenangan ke-3 dari 3 perlawanan. 9 mata maksimum dari barisan pemain yang mencipta cemburu pihak lawan. No Terry. No Lampard. No Problems...

Eden Hazard. What can i say... Superbly amazing young blues!. Tanpa kehadiran Lampard yang direhatkan dibangku simpanan, kesebelasan utama pilihan RDM, Chelsea melancarkan serangan ke kubu Newcastle sejak mula permainan. Kombinasi Hazard & Mata bakal menjadi igauan lawan musim ini. 


Tanpa Lampard, Hazard menyempurnakan penalti ke3 Chelsea dalam 3 perlawanan apabila gerakan cantik Fernando Torres disekat dan dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan Newcastle. Torres menjaringkan gol kedua Chelsea melalui rembatan volley yang menggegar gawang Newcastle selepas gerakan cantik satu dua dengan Hazard.



Torres... 2nd for the season, more to come!

CHELSEA 2 - NEWCASTLE UNITED 0. Full stop. Kena tido awal malam ni...

My vote for Hazard & Torres malam/pagi ni.

Line up: Cech, Ivanovic, Cahill, Luiz, A.Cole, Mikel, Meireles (Lampard 87), Mata (Ramires 67), Hazard, Bertrand, Torres. Sub: Turnbull, Essien, Romeu, Oscar, Sturridge


Match report boleh baca sini...
Daily Mail UK
http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2193384/Chelsea-2-Newcastle-0-Eden-Hazard-Fernando-Torres-star.html

Telegraph UK
http://www.telegraph.co.uk/sport/football/competitions/premier-league/9496973/Chelsea-2-Newcastle-United-0-match-report.html


Malaysian Blues note:

Hamba tak berhajat nak komen panjang. Menang tetap menang. Kemenangan yang cukup penting untuk Chelsea sebagai tonik menghadapi Atletico Madrid minggu depan. Hamba pun hanya tengok live di internet di sahaja match ni. Esok...hamba ada perjalanan yang cukup jauh untuk ditempuhi. Kena tido... with smile! see u posting akan datang...


Malaysian Blues: Astro On-The-Go pun jadik la.....


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...

PIALA MALAYSIA 2012 - MATCH 2: N.SEMBILAN & FELDA UNITED KENDURI GOL

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:15 AM, under | No comments

PIALA MALAYSIA 2012
8 perlawanan lagi berlangsung malam ini - perlawanan kedua peringkat kumpulan. Keputusan penuh seperti berikut:

Kumpulan A

Johor FC dan Singapura Lion XII mencatatkan kemenangan pertama masing-masing setelah semua perlawanan dalam kumpulan ini berakhir dengan keputusan seri pada perlawanan pertama. Johor FC menumpaskan Johor FA 2-1 walaupun terpaksa bermain 10 orang manakala Lion XII menumpaskan Selangor PKNS 3-1 di laman sendiri. Lion XII dan Johor FC masing-masing 4 mata dan hanya dibezakan jaringan gol. 

Johor 1 - 2 Johor FC
Lion XII 3 - 1 Selangor PKNS

Kumpulan B 

Kelantan 2 - Kedah 1
Juara Liga Perdana musim ini ATM meneruskan kecemerlangan dalam perlawanan ke2 dengan menundukkan Terengganu 2-1. Kelantan pula terpaksa mengejar dari belakang selepas ketinggalan 1-0 sebelum menang 2-1 ke atas Kedah. ATM ketika ini mengungguli kumpulan B dengan 6 mata diikuti Terengganu dan Kelantan yang berkongsi 3 mata. Kedah di tempat terbawah kumpulan tanpa sebarang mata.

ATM 2 - 1 Terengganu
Kelantan 2 - Kedah 1.

Kumpulan C
Pesta gol kumpulan C. Negeri Sembilan membelasah naib juara piala FA Sime Darby 4-0 di Stadium Paroi manakala Felda United menampilkan aksi terbaik mereka menumpaskan Perak 4-2 di tempat lawan. Negeri Sembilan dan Felda United kini 4 mata dengan 1 kemenangan dan 1 seri masing-masing.

Negeri Sembilan 4 - 0 Sime Darby
Perak 2 - Felda United

Kumpulan D
4 pasukan kumpulan D masing-masing hanya memungut 1 mata malam ini apabila kedua-dua perlawanan berakhir dengan keputusan seri. T-Team dan Sarawak ketandusan gol di Terengganu bila keputusan berakhir 0-0. Di Shah Alam, Selangor ketinggalan 2 kali dibelakang sebelum berjaya mengikat Pahang dengan keputusan 2-2. Sarawak dan Pahang masing masing memungut 4 mata setakat ini.

T Team 0 - 0 Sarawak
Selangor 2 - 2 Pahang

Berikan komen anda tentang cerita ini..

Saturday, August 25, 2012

UPDATE ~ CHELSEA NEW BLOOD: VICTOR MOSES

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 4:00 AM, under , | No comments

UPDATE TERKINI:
Chelsea FC telah mengumumkan secara rasmi perpindahan masuk VICTOR MOSES dari Wigan.
Untuk perkembangan lanjut sila semak link chelseafc berikut.
Update 3 pagi waktu Malaysia.... admin sudah mahu beradu....


"Chelsea Football Club is delighted to announce the signing of 21-year old winger, Victor Moses from Wigan Athletic." - ChelseaFC.com




Berikan komen anda tentang cerita ini..

BLOG VIEW: AZPI SIGN, MOSES HAMPIR PASTI... HULK & CAVANI?

Salam to all...
2 match EPL Chelsea telah berlalu. 6 mata maksimum dari 2 perlawanan pertama musim. Berada di takhta liga dengan pasukan lain hanya baru bermain 1 perlawanan. Feel good? Banyak yang perlu diperbaiki oleh RDM dalam memastikan kita benar2 bersedia untuk mencabar kejuaraan liga musim ini. Perjalanan masih jauh dan Chelsea masih berpeluang untuk merebut 6 piala lagi yang ditawarkan musim ini.

RDM... 
Fear factor? yup... the Blues kini mempunyai fear factor bagi pasukan lain hadapi... Eden Hazard. 3 assist dari 2 perlawanan (tidak termasuk assist penalti) serta keupayaan menyusun permainan dan mengucar kacirkan pertahanan lawan kini mula bermain dalam kepala hotak semua manager pasukan lawan. Apa yang pasti Eden Hazard bakal melalui pengalaman yang mana kawalan dan terjahan keras dari pemain lawan. Apa yang dapat kita lihat dari 2 perlawanan  sebelum ini, pergerakan bola pantas dari pemain tengah Chelsea cukup menghiburkan yang telah lama kita hilang. 6 gol yang terhasil sebelum ni - 2 penalti. 3 dari pemain pertahanan. 1 dari Torres. Apa yang pasti Torres perlukan supply yang terbaik untuk diterjemahkan sebagai gol. Permainan Chelsea secara keseluruhannya perlu LEBIH DIMANTAPKAN! RDM tahu apa yang dia perlukan... keep calm Blues...

New Chelsea Fear Factor...
Berita John Terry yang kemungkinan besar tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Newcastle hujung minggu ini sedikit menggusarkan kita. Apapun kita sebenarnya mempunya pemain pertahanan yang berkeupayaan. Branislav Ivanovic yang telah meledak 2 gol, Gary Cahill, David Luiz, Ashley Cole, Ryan Bertrand mampu menggalas tugas ini. Hari ini pemburuan pengganti Jose Bosingwa telah selesai.

CHELSEA NEW BLUE BLOOD. Cesar Azpilicueta telah melengkapkan perpindahan ke Chelsea. Sama ada dia bersedia untuk diturunkan kita tunggu dan lihat. Apa yang pasti RDM kena lebih sikit "membasuh" pemain pertahanan Chelsea ketika ini yang kadangkala sering melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dalam permainan.

Musim perpindahan akan tamat seminggu sahaja lagi. Cesar Azpilicueta SIGN. Bagaimana pula dengan pencarian dalam memantapkan barisan hadapan Chelsea? perlu diingat, Chelsea akan menghadapi banyak perlawanan musim ini. Bagi saya Torres dan Sturridge sahaja sememangnya tidak mencukupi. Apa yang pasti Chelsea pasti akan mendapatkan pemain hadapan dalam minggu terakhir ini. Moses? Hulk? Cavani?

Moses... coming in
VICTOR MOSES? Apa yang saya nampak kehadiran Victor Moses mungkin menjadi kenyataan. Beberapa laporan berita UK dan blog menterjemahkan Wigan telahpun menerima bidaan Chelsea ke atas pemain berusia 21 tahun ini. Apa yang kita lihat dalam perlawanan menentang Wigan tempohari, banyak yang mampu dilakukan oleh pemain ini dalam memantapkan barisan hadapan Chelsea. Kita tunggu dan lihat.. SEHARI DUA LAGI paling lambat blog Malaysian Blues akan keluar dengan posting baru - CHELSEA NEW BLOOD: Victor Moses.

Apa yang akan berlaku selepas ini? Sebaik sahaja Victor Moses diisytiharkan secara rasmi sebagai pemain Chelsea, The Blues akan berada dalam posisi yang terbaik dalam perundingan dengan target utama iaitu HULK ataupun CAVANI. Laporan mengatakan pegawai Chelsea akan memasuki perbincangan akhir dengan kedua wakil kelab Porto dan Napoli awal minggu depan untuk memeterai perpindahan salah seorang antara meraka, Hulk atau Cavani. MALAYSIAN BLUES rasakan ianya adalah Hulk. My Choice.

RA... we got money what?
Dengan pengesahan rasmi Victor Moses nanti, Roman Abramovich akan berasa yakin bahawa Chelsea telah mempunyai "cover" untuk mengakhiri pemburuan Hulk atau Cavani - take it or leave it. Roman Abramovich tidak akan jadi bodoh untuk mengikut kehendak Porto atau Napoli sahaja.

Porto sebenarnya sengaja membawa perbincangan hingga ke saat akhir tetapi kita pasti Porto sebenarnya mahu menjual Hulk... mereka perlukan kewangan untuk penyusunan semula skuad meraka. Napoli pun sama juga. Apa yang pasti kedua-dua kelab ini sedar akan pemain mereka mahu meninggalkan mereka dan pasti akan mendengar kepada tawaran terbaik. Chelsea dalam kedudukan terbaik sekarang. Porto ataupun Napoli sendiri tahu bahawa Chelsea tidak akan membeli kedua-duanya sekali... hanya 1 sahaja. Maka, Chelsea berada dalam posisi terbaik.

HULK or CAVANI?
Fans mengharapkan perkembangan yang terbaik. Sama ada Hulk atau Cavani, hampir pasti jumlah pembelian adalah suatu yang boleh kata "ridiculous money". Apapun, saya mengharapkan Chelsea akan berjaya menandatangani salah satu daripadanya.

JUST WAIT... till the end.

MALAYSIANBLUES note:
Tak samapai 2 jam posting ini ke udara... update ~ Victor Moses telah disahkan menandatangani kontrak bersama Chelsea. Baru admin nak beradu... klik link posting terbaru...
http://malaysianblues.blogspot.com/2012/08/chelsea-new-blood-victor-moses.html


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...

CHELSEA NEW BLOOD: CESAR AZPILICUETA

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:08 AM, under , | No comments

RASMI! Chelsea New Blood - CESAR AZPILICUETA


CESAR AZPILICUETA
Chelsea FC hari ini secara rasminya mengumumkan perpindahan masuk pemain pertahanan antarabangsa Sepanyol berusia 22 tahun dari kelab Peranchis, Olympic Marseille. Lahir pada 28 Ogos 1989, Azpilicueta memulakan kareer bolasepak profesional bersama kelab Osasuna. 


Official dari chelseafc.com
Pemain dilaporkan mula bermain dalam posisi attacking midfielder tetapi dengan kebanjiran bakat di bahagian tengah Chelsea dengan Hazard, Lampard, Oscar, Ramires dan Marin, pemain ini dijangka akan menjadi pilihan RDM untuk beraksi di bahagian posisi pertahanan kanan selain Ivanovic dan Fareira.

Azpilicueta berpindah ke Marseille pada tahun 2010. Pemain ini mengalami kecederaan lutut di mana hampir sepenuh masa berehat di tahun pertama bersama Marseille. Musim 2011/12 Azpilicueta beraksi cukup baik dan mempunyai tahap permainan konsisten yang membawa Marseiile ke suku akhir Champions League tetapi ditewaskan oleh pasukan yang ditewaskan Chelsea pada perlawanan akhir iaitu Bayern Munich.

Perpindahan masuk ini mengakhiri buruan Chelsea untuk mencari pengganti Jose Bosingwa yang telah dilepaskan. Diberitakan Chelsea dianggarkan membayar 7 juta pound untuk pemain ini. Azpilicueta adalah pemain ke 4 Sepanyol di Chelsea menyertai Juan Mata, Oriol Romeu dan Fernando Torres. Diharapkan CESAR ASPILICUETA akan menguatkan lagi benteng pertahanan Chelsea.

Enjoy this video Blues....


New Blue Blood... Welcome to Chelsea

Berikan komen anda tentang cerita ini..

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...