Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Friday, November 9, 2012

MALAYSIAN BLLUES: CHELSEA vs LIVERPOOL ~ STATISTIK MENAKUTKAN?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 5:32 PM, under | No comments

Salam to all...

Next match, Chelsea vs Liverpool. Dengan kedudukan liga ditangga kedua ketika ini dan dibezakan hanya 1 mata dengan pendahulu MU dan tempat ke3 MC, setiap perlawanan liga selepas ini akan menjadi lebih penting. Yup... setiap perlawanan. Apa yang pasti Chelsea perlu turun setiap perlawanan dengan misi untuk 3 mata penuh dan pesaing-pesaing harapnya akan keciciran mata.


Liverpool, pasukan yang mempunyai pengikut yang cukup ramai di Malaysia. Apapun, persembahan mereka sememangnya tidak konsisten. Berada di tangga 12 liga ketika ini sememangnya sesuatu yang mengecewakan peminat mereka. Minggu ini Chelsea akan melayan Liverpool. Adakah John Terry akan kembali mengetuai barisan Chelsea? A. Cole akan sempat pulih dari kecederaan untuk memantapkan pertahanan kita? Adakah Torres akan membuka akaun gol keatas pasukan lamanya? Adakah Victor Moses akan mempamerkan kecemerlangannya lagi jika diberi peluang untuk beraksi? Apakah trio MACAZAR akan merobek-robek pertahanan Liverpool? Adakah Ramires dan Mikel akan dapat memastikan Suarez kaku minggu ini?

Perlawanan ini tak syak lagi perlawanan tumpuan minggu ini. Yup... rekod Chelsea dengan Liverpool sememangnya kurang memberangsangkan. Liverpool akan sentiasa meningkatkan permainannya bila bertemu Chelsea. Ini rumusan statistik perlawanan antara kedua pasukan sejak beberapa musim kebelakangan ini. Menakutkan???
  • Liverpool mensasarkan untuk kemenangan ke 5 berturut-turut ke atas Chelsea dalam kancah EPL.
  • Liverpool telah mencatatkan kemenangan berganda (home/away) ke atas Chelsea, 3 kali dalam 4 musim.
  • Kali terakhir Chelsea menumpaskan Liverpool di Stamford Bridge adalah 3 tahun yang lepas.
  • Liverpool menang 5 dari 6 pertemuan terakhir dengan Chelsea. Satu perlawanan di mana Liverpool tewas ialah ketika final Piala FA 2012 di Wembley.
  • Dengan ketiadaan John Terry, Chelsea telah melepaskan 12 gol dalam 5 perlawanan (semua kejohanan)
  • Chelsea gagal untuk clean sheet dalam 7 perlawanan terakhir,
Menakutkan? Itulah statistik. RDM sudah membacanya. RDM pasti tahu apa yang perlu dilakukannya. Musim ini adalah musim bagi Chelsea. Kita takkan bagi peluang untuk Liverpool kali ini. Malaysian Blues tak lah benci sgt dengan Liverpool (kawan-kawan dan keluarga sebahagiannya penyokong tegar The Kop) tetapi masanya telah tiba... atas padang semua halangan untuk Chelsea merangkul kejayaan mesti ditumbangkan.


Come on RDM... bring me the best this week.


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives