Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Saturday, November 17, 2012

RADAMEL FALCAO: MASANYA TELAH TIBA UNTUK CHELSEA

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:43 AM, under ,, | No comments

Salam to all...

Sama ada suka atau tidak, sehari dua ini tersebar meluas diinternet khabar berita yang semakin mengaitkan Chelsea dengan peledak berbisa Colombia, Radamel Falcao. Bagi Malaysian Blues, berita ini tidaklah sesuatu yang mengejutkan memandangkan keperluan Chelsea untuk mendapatkan seorang striker yang berbisa di hadapan gol sememangnya dinantikan.


Khabarnya big boss Roman Abramovich akhirnya mengakui telah berputus asa dengan Fernando Torres dan kini bersedia untuk melancarkan bidaan terbaiknya untuk membawa Falcao ke Stamford Bridge. Tak syak lagi Chelsea sememangnya mencari seorang penyerang sebagai pengganti Didier Drogba. Selepas tidak berjaya membawa Hulk ataupun Cavani pada musim perpindahan musim panas lepas disebabkan harga yang melampau (ketika itu), kini Abramovich seakan sudah bersedia untuk menurunkan tandatangan ke atas cek yang akan membawa Falcao ke Chelsea selepas kecewa dengan Torres.


Bagi Malaysian Blues, kegagalan Chelsea membawa masuk sekurang-kurangnya seorang striker baru untuk menggantikan Drogba pada musim perpindahan lepas adalah kerana Abramovich ketika itu sedikit liat untuk membayar satu harga yang tinggi (Hulk dan Cavani) dengan harapan Fernando Torres akan kembali menemui sentuhannya. Dengan ketiadaan Drogba, musim ini dilihat sebagai musim bagi Torres membayar balik kepercayaan yang diberikan namun ianya tidak berlaku. Kegagalan Torres memenuhi expectation dilihat membawa impak kepada cabaran Chelsea memenangi kejuaraan musim ini. Torres hanya menjaringkan 4 gol daripada 11 perlawanan EPL (sama seperti Juan Mata) dan Abramovich dilihat telah membuat keputusan untuk membawa penyerang baru untuk mengepalai kejayaan Chelsea di masa hadapan.


Radamel Falcao. Penyerang Atletico Madrid ini telah lama dikaitkan dengan Chelsea dan spekulasi perpindahannya ke Chelsea semakin hangat diperkatakan sejak beberapa minggu yang lepas. Beberapa laporan mendedahkan bahawa rundingan telahpun bermula dan penyerang antarabangsa Colombia ini yang mempunyai release clause bernilai sekitar 48 juta pound dikatakan telah bersetuju dengan intipati tawaran kontrak peribadinya dengan Chelsea.  

Spekulasi perpindahan ini menjadi semakin panas selepas Falcao sendiri memberikan pengiktirafan kepada Chelsea dan menyatakan keyakinannya bahawa dia mampu memberikan impak dalam saingan EPL.

"Chelsea adalah Juara Eropah dan tiada lebih boleh diperkatakan melainkan itu. Walaupun selepas memenangi Champions League, mereka masih terus bergerak ke hadapan dan menandatangani beberapa pemain yang cukup-cukup berkualiti. Cita-cita mereka cukup jelas"

"Saya tidak berasa bimbang berkenaan aspek fizikal dalam Premier League. Saya menjaringkan gol di Argentina, Portugal dan kini di Sepanyol. Saya yakin mampu menyesuaikan permainan saya dalam apa juga liga. Saya mengalu-alukan cabaran dalam Premier League"

"Saya juga adalah peminat besar Gianfanco Zola ketika saya membesar. Saya menonton Premier League dalam tempoh yang agak panjang. Ianya mempunyai begitu banyak kualiti dan liga yang cukup menarik. Sudah pasti ianya bagus untuk memikirkan saya bermain di situ". 

- Radamel Falcao

Selain Chelsea, Real Madrid dan Man City juga sering dikaitkan dengan pemain ini. Namun begitu bagi Malaysian Blues dengan rivalry yang sedia ada antara Atletico Madrid dan Real Madrid, perpindahan ke sana dilihat agak mustahil. Bagi Man City, kebanjiran beberapa nama penyerang yang besar di situ termasuk Aguero, Edin Dzeko, Balotelli dan Tevez memberikan Chelsea lebih peluang untuk merebut pemain ini.

Apa pula kata RDM? Ketika ditanya wartawan berkenaan Falcao baru-baru ini, RDM yang biasanya agak berahsia tentang pelan perpindahan pemain dalam Chelsea mengakui betapa dia mengkagumi pemain ini.

"Falcao adalah salah seorang penyerang terbaik, mungkin, di Eropah dan di dunia. Ratio gol per game beliau amat mengkagumkan bukan sahaja musim ini tetapi sejak 3 tahun lepas di Porto dan Atletico Madrid. Jika anda tanyakan mana-mana pengurus, mereka pasti mahukan dia dalam pasukan"

"Saya tahu musim perpindahan semakin dekat dan begitu banyak spekulasi mengenai kelab kami tetapi apa juga kami lakukan, kami pastikan ianya berlaku dibelakang pintu yang tertutup"

- Roberto di Matteo

Teammate in January?
Selain itu, pertahanan Chelsea, David Luiz amat mengalu-alukan berita spekulasi Falcao ke Chelsea. David Luiz berhadapan dengan Falcao dalam perlawanan persabahatan Brazil - Colombia di USA semalam dan ketika ditanya berkenaan kemungkinan penyertaan Falcao ke Chelsea, David Luiz tanpa berselindung agak teruja.

"Dia pastinya sangat sesuai untuk bermain dalam pasukan kami. Kami amat-amat gembira jika Falcao menyertai kami kerana Falcao tidak dapat dinafikan lagi akan menjadi pemain yang hebat dalam pasukan kami. Amat sukar untuk menghentikannya. Dia adalah striker yang cukup excellent"

- David Luiz

OK, secara jujurnya Malaysian Blues amat berharap spekulasi ini tidak akan berhenti sahaja disini. Menjelang januari nanti spekusi akan pastinya menjadi semakin panas dan menaruh harapan Falcao akan menyertai the Blues nanti. Kesukaran kewangan yang dihadapi Atletico Madrid memungkinkan bahawa perpindahan ini mungkin akan berlaku. Sama ada Januari atau hingga penghujung musim itu itu tak dapat dipastikan. Bagi Malaysian Blues, jika Falcao jadi menyertai Chelsea, Januari lah masanya kerana The Blues ketika ini amat mengharapkan kehadiran seorang striker yang benar-benar mampu mengisi kekosongan Drogba dan memacu dalam kejayaan beberapa kejuaraan musim ini.


Malaysian Blues - Jangan Tunggu Lama-lama.... Bring me Falcao!

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives