Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Wednesday, August 3, 2011

BLOG VIEW: Harimau Malaya - 20 Sebab Mengapa Tidak Perlu Ada Pemain Import!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:06 AM, under | No comments



Salam to all...

Kekecewaan seluruh negara selepas terkandasnya Malaysia pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia beberapa hari lalu masih terasa. Walaupun kecewa, apa yang pasti bolasepak Malaysia telahpun menemui lembaran baru dalam era moden ini. Kembalinya penyokong memenuhi setiap inci ruang Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi bukti betapa bolasepak Malaysia akan terus hidup, InsyaAllah.

Malaysia telahpun menutup tirai percubaan melayakkan diri ke Piala Dunia 2014. Apapun, sesuatu yang tak akan mampu dilupakan adalah fenomena full house Stadium Bukit Jalil dengan lebih 90,000 penonton pada 28 Julai lalu. Apa yang pasti... tiada yang meninggalkan stadium sebelum wisel penamat ditiupkan malam itu.

Lembaran baru bolasepak Malaysia kali ini pada pandangan Blog Dari Stadium adalah bermula apabila Datuk K Rajagopal berjaya membawa barisan muda anak Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos selepas 20 tahun terkilan. Selepas itu, kejayaan merangkul Piala AFF Suzuki 2010 oleh pasukan kebangsaan memahat keyakinan untuk gelombang baru bolasepak Malaysia.

Baik pemain maupun peminat bolasepak, jumlah 90,000 yang memenuhi stadium adalah sesuatu yang amat boleh kita banggakan memandangkan perlawanan tersebut hanyalah perlawanan "pusingan kelayakan". Mungkin jumlah ini adalah yang terbesar dalam sejarah bolasepak Malaysia.


Di rantau Asia Tenggara khususnya, dengan memenangi emas Sukan Sea 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010.... kita sebenarnya telah dinobatkan sebagai Raja Bolasepak BARU di rantau ini untuk sekurang-kurangnya sehingga 2012 apabila Piala AFF Suzuki Cup (jika Suzuki menaja lagi... sebelum ni dipanggil Piala AFF Tiger atau Tiger Cup) akan dipertandingkan lagi.

MALAYSIA adalah RAJA BOLASEPAK di Asia Tenggara. Bukan Singapura, bukan Thailand, bukan Indonesia! Apa yang paling membanggakan ialah watak-watak Harimau Malaya yang berlari dipadang, yang menanduk bola, yang membentes pihak lawan, yang menggegar jaring lawan dan yang menjulang piala kemenangan untuk seluruh rakyat Malaysia adalah 100% anak Malaysia.

Takkala Singapura sejak lebih 10 tahun lalu telah menggunakan awang import dalam pasukan kebangsaan mereka dan kemudiannya diikuti Filipina dan Indonesia, Malaysia kekal dengan reputasi Made in Malaysia. Beberapa minggu lalu ketika Malaysia dalam persiapan menentang Singapura, kita hanya menghantar barisan muda untuk menentang Chelsea yang mana kita tewas 0-1. Walaupun tewas, skuad tersebut yang majoritinya adalah skuad Harimau Muda memberikan satu persembahan yang amat terpuji. Tidak seperti Thailand (ketika itu sedang persiapan kelayakan Piala Dunia juga) menghantar barisan Thailand All Star yang dibarisi sekurang-kurangnya 6 pemain import untuk menentang Chelsea dan tewas 0-4). rujuk post Blog Dari Stadium sebelum ini (baca di sini .. http://daristadium.blogspot.com/2011/07/my-chelsea-metamatik-mudah-malaysia-vs.html).

SESUNGGUHNYA, pada pandangan Blog Dari Stadium majoriti rakyat MALAYSIA mahukan
MALAYSIA diwakili 100% anak jati Malaysia. Mengapa? Sekurang-sekurangnya 20 sebab untuk kita tidak menggunakan pemain import.

1. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
Kalau kita guna pemain import, maka slogan semangat "Tanah Tumpahnya Darahku" tidak lagi relevan.



Bagi yang tak tahu atau kurang tahu, di balik bendera Malaysia Jalur Gemilang (sebelah dalam baju) pada jersi Malaysia tertulis "Tanah Tumpahnya Darahku" (terbalikkan baju... jumpa belakang bendera). Jalur Gemilang terletak pada bahagian dada di jersi Malaysia. "Tanah Tumpahnya Darahku" dibelakangnya adalah simbolik biar tersemat dalam dada pemain yang membawa misi dan maruah negara. Jika kita guna pemain import.. ianya jadi tidak relevan. Boleh jadi "Tanah Tumpahnya Darah?"... ohhh tidak!



2. NEGARAKU
Dari mula kita melangkah kaki ke sekolah tadika lagi, kita diajar menyayangi negara. Dalam lagu negaraku - "Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku!". Jika kita perhatikan pemain Singapura ketika nyanyian lagu kebangsaan mereka "Majulah Singapura", beberapa pemain diam sahaja bukan kerana terlalu menjiwai tetapi pada pendapat Blog Dari Stadium, sebenarnya langsung tak tahu nak menyanyikannya. Andaikata ada pemain import dikalangan pemain kita, pasti situasi yang sama berlaku (mungkin mulut bergerak2 nak ikut nyanyi... tapi dalam hatinya... (lagu jingle bell? lagu metalica? atau lagu negara asal mereka sendiri?)...

3. HARIMAU MALAYA
Kalau ada pemain import dikalangan kita... kita tak lagi Harimau Malaya. Mungkin Harimau Africa? Harimau Amazon? Harimau Bengal? Nama Harimau Malaya sebenarnya adalah diambil dari hibrid harimau yang terdapat dinegara kita The Malayan Tiger (Panthera Tigris) aka Harimau Belang (betulkan saya jika maklumat tak betul... saya ni org susah!). Lebih lanjut... http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Tiger

4. ANAK SIAPA?
Wow... tiada lagi kebanggaan yang menjadi trademark orang-orang kita. Kalau sekarang ini kita ada...
Safee Sali ~ wah! itu anak Pak Sali tu! duk Kajang dia.
Khairul Fahmi ~ Molek come budok ni! Apek tu saing kawe ngaji SK Tapang, Kota Baharu tuh!
Qui Li - Once upon a time in China, sedara Fung Sai Yuk tu! Opsss...

5. SEMANGAT
Apakah semangat dan maruah negara perlu dipikul oleh orang luar. Anak Malaysia sendiri mampu memikulnya. Jika kita mampu membangunkan negara!

6. MOKHTAR DAHARI, ISA BAKAR, ARUMUGAM, SOH CHIN AUN, JAMES WONG, ISA BAKAR
Generasi baru mengenali nama-nama di atas? Buat sedikit homework... selusuri sejarah bolasepak negara dan mereka pasti berbangga dengan nama-nama di atas (sekadar menyebut sebahagiannya). Mereka adalah anak Malaysia yang disegani suatu ketika dahulu. Mokhtar Dahari "SuperMokh", Arumugam "Spiderman". Mereka dengan mudah meratah Korea Selatan dan Jepun dalam Pestabola Merdeka dulu-dulu. Mereka boleh, mengapa Safee Sali, Norshahrul, Safiq Rahim dan Khairul Fahmi tidak boleh? Kita tidak perlukan pemain import!

7. STADIUM BUKIT JALIL 90,000++ PENONTON
Singapura hanya menyediakan stadium berkapasiti 6,000 penonton dalam perlawanan pusingan pertama Singapura vs Malaysia tempohari walaupun mempunyai sekurang-kurangnya 5 pemain import. Nak dijadikan cerita, 5 gol yang dibuat disana di"sumbang"kan oleh rakyat Singapura. Malaysia punya stadium yang besar untuk perlawanan yang besar bagi ditonton oleh lebih 90,000 penonton dan dikhabarkan masih ada yang kecewa kerana tak dapat tiket. Blog Dari Stadium tak merasakan kita tiada pononton jika tiada pemain import. MALAYSIA tetap bersama Harimau Malaya.


8. KANTUNG FAM
Blog Dari Stadium tak pasti jika kantung FAM berisi sedikit, separuh penuh atau sentiasa penuh. Apapun biar apa situasinya, ianya perlu dibelanjakan dengan berhemah. Daripada membayar pemain import yang kesetiaan kepada negara MALAYSIA entah iya entahkan tidak, lebih baik FAM membelanjakan untuk memperbaiki liga dan mencungkil bakat baru diseluruh tanahair. Kita punya 28 juta rakyat. Yang muda belia lebih separuh daripadanya. Pasti ada yang berbakat besar. Moral... apa perlu kita cari pemain import.

Arggggggggggh! Baru 8 sahaja sebelum 20 sebab. Apakah kita benar-benar perlukan 20 sebab? Kita sebenarnya hanya perlukan 1 sebab sahaja.

MALAYSIA negara kita maka anak Malaysialah yang mesti memikul tanggugjawab ini.
Sekian. (pandangan peribadi Blog Dari Stadium).

LIKE BUTTON http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like/Berikan komen anda tentang cerita ini..

Monday, August 1, 2011

BLOG DARI STADIUM: Nothing TO POST TODAY (VIDEO)

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 11:33 PM, under | No comments



Salam... I am trying to workout/perah otak untuk my big post pasca game Malaysia vs Singapore - "20 sebab mengapa HARIMAU MALAYA tak perlukan pemain import"... still workout... the best one... dari dalam kepala hotak..

Do we need sampai 20 sebab?... not really...

So nothing to post today.. just sharing...

Just sharing...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE