Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Monday, October 29, 2012

BLOG VIEW: CHELSEA 2 - MU 3 ~ APA YANG BLUES NAMPAK?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 6:53 PM, under ,, | No comments

Salam to all...

Chelsea tewas buat kali pertama dalam EPL musim ini. Chelsea 2 - Manchester United 3. 9 perlawanan, 7 kemenangan, 1 seri, 1 kalah. Still Chelsea penghuni ditakhta liga. 


Tewas? Yup.... The Blues mampu terima kekalahan ini. Adakah peminat Blues bimbang? Malaysian Blues tak pernah rasa bimbang... jika performance ini yang ditunjukkan maka semua peminat The Blues tak seharusnya rasa bimbang. Hanya masa yang akan menentukan Chelsea akan kembali menjarakkan lagi kedudukan mata dalam liga.

Apa yang dapat kita lihat dalam perlawanan malam tadi? Kebarangkalian yang cukup tinggi untuk Chelsea melakukan comeback victory seakan dirompak dalam cara yang cukup kontroversi. Keputusan yang sepatutnya menjadi kemenangan 3-2 sekurang-kurangnya untuk Chelsea menjadi kekalahan 2-3 kepada pasukan syaitan merah (red devil maksudnya syaitan merah kan?). Malaysian Blues cukup yakin ketika kedudukan 2-2, Chelsea sebenarnya berada dilandasan paling baik untuk membenam MU malam tadi. Tapi apakan daya... sesuatu yang tak diingini telah berlaku.



Chelsea kini terlepas peluang untuk menjarakkan lebih mata dengan pencabar terdekat MU dan Man City tetapi hakikatnya Chelsea masih kekal berada di puncak liga. Cepat atau lambat jarak ini akan melebar semula. Percayalah. MU tak sehebat mana musim ini. Entah esok atau lusa mereka pasti akan melepaskan mata demi mata. Kekalahan pasti akan tiba buat mereka. Asalkan tiada "ghost" player dalam pasukan mereka ketika dalam perlawanan, MU musim ini mampu sahaja ditundukkan oleh mana-mana pasukan. Tetapi.. jika mana-mana fan Chelsea mengharapkan MU akan terlepas mata dalam masa terdekat, sila bersabar kerana selepas ini MU akan menentang Arsenal di Old Trafford. Jangan lupa ada "ghost" player yang lebih besar menanti Arsenal dalam perlawanan ini, Howard Webb. So,... tunggu la minggu-minggu akan datang.

So, jika kita yakin MU akan drop point dalam perlawanan-perlawanan akan datang, Chelsea juga perlu mengambil pendekatan yang lebih terperinci dalam menghadapi perlawanan-perlawanan EPL akan datang. Apa yang perlu Chelsea lakukan ialah terus memastikan 3 mata penuh dalam setiap perlawanan akan datang.  Itu kemestiannya.



Berkenaan kontroversi, Malaysian Blues tak berhasrat nak menghuraikan lebih panjang. Dah banyak sangat komen berkenaannya. Kita semua menyaksikan perlawanan ini dan kita tahu dan lihat apa yang sebenarnya telah berlaku. So... buat penilaian sendiri...

Ok Blues, malam tadi ~ secara jujurnya Chelsea bermula agak sedikit longgar di mana barisan pertahanan Chelsea nampak sedikit goyah. Kita memulakan lewat 10 minit berbanding MU. Mikel dan Ramires yang bertanggungjawab untuk mengawal pergerakan RVP hilang arah di awal permainan. Bagi Malaysian Blues dengan kita semua tahu dengan apa yang RVP boleh lakukan, kawalan lebih ketat seharusnya lebih diberikan kepadanya untuk meminimakan pergerakkannya.

Dapat kita perhatikan dari 2 gol awal MU. Yup, gol pertama MU datang dengan luck. Rembatan RVP yang terkena tiang terus melantun ke badan  Luiz dan melantun semula masuk ke gawang Chelsea. Tiada komplain berkenaan gol ini. Tetapi dapatkah kita lihat dimana Ramires dan Mikel ketika ini? Gol kedua terhasil dari serangan kaunter attack yang agak pantas dan RVP sekali lagi menggunakan kelebihannya dan mengeksploitasi positioning Mikel dan Ramires yang tidak mengawalnya. 2 gol awal...


Malaysian Blues ketika ketinggalan 2-0 sebenarnya yakin Chelsea akan kembali. The Blues mesti mendapatkan gol sebelum separuh masa pertama berakhir. Yes, Chelsea sepantas kilat memberikan respon ketika ketinggalan 2-0 dan masa permainan masih panjang. Jika anda perasan, hampir kesemua midfield termasuk Torres dan tak tinggal David Luiz masing-masing mempunyai shot on gol. Dan Chelsea mengawal permainan secara keseluruhan. Apa yang anda lihat? Orang yang biasa bising pasal Chelsea parking the bus kini melakukannya. MU parking the bus... but we did it. Juan Mata dengan super kaki kirinya meledak gol pertama dari sepakan percuma. Gol yang cukup brilliant.

Separuh masa kedua ~ cerita yang berbeza. Chelsea cukup baik memulakan permainan dan berterusan mengawal permainan. Gol kedua juga hasil kebijaksanaan Juan Mata dan Oscar dan di sempurnakan oleh Ramires. Bila ketikanya kedudukan 2-2, apa yang dapat kita lihat dan nilaikan. Yup... Chelsea dilihat favourite untuk menambahkan lagi jumlah gol dan akan memenangi perlawanan ini. Sehinggalah sesuatu tiba-tiba mengubah perlawanan ini tiba. Chelsea gagal.



Apa yang Malaysian Blues boleh kata kan?....

Fakta - MU meraih kemenangan hanya selepas 2 pemain Chelsea dibuang padang dan 1 gol offside. Adakah meraka mampu meraih kemenangan jika Chelsea menamatkan permainan dengan 11 pemain? AF sendiri takkan pasti MU mampu. Secara logik akalnya... jika 11 vs 11, paling bodoh pun, keputusan malam tadi akan berakhir Chelsea dan MU berkongsi satu mata. Dan jika dilihat rentak permainan ketika kedudukan 2-2, The Blues adalah bakal pemenang malam tadi.

Apa yang dapat kita lihat? Apa yang Malaysian Blues nampak? Ada sesuatu yang positif yang dapat dibanggakan dengan Chelsea. Ini verdict Malaysian Blues... MU takkan mampu menewaskan Chelsea jika permainan tamat 11 vs 11. MU hanya berjaya melakukannya dengan  9 pemain Chelsea + 1 offside gol.



Anda semua masih ingat? Perlawanan pembukaan musim ini. Chelsea vs Man City dalam Community Shield? Kalau anda menonton perlawanan ini dan ingat, Chelsea adalah pasukan yang menguasai permainan ketika itu sehinggalah Ivanovic dilayangkan kad merah. Momentum terhenti dan ditakdirkan Man City memenangi perlawanan itu. Dua pasukan Manchester yang kini duduk betul2 dibawah Chelsea ketika ini... musim ini faktanya ialah mereka tidak mampu menewaskan Chelsea ketika The Blues bermain 11 orang. POSITIF?  Dua pasukan ini adalah pasukan di tanggga pertama dan kedua musim lepas.

Anda mungkin berkata "Mana engkau tahu, apa yang mungkin terjadi walaupun Chelsea bermain cukup 11 orang dalam kedua perlawanan ini?" Yup.... betul. Tetapi sesiapapun tak dapat nafikan, sehingga berlakunya insiden buang padang dalam kedua-dua perlawanan ini, Chelsea ketika itu mempunyai satu momentum dan dilihat sebagai pemenangnya. Malaysian Blues tak mahu sembang pasal kontroversi melibatkan pengadil. Itu perkara diluar kawalan Chelsea sendiri. Akhir permainan semalam Mata, Hazard dan Oscar terpaksa dikeluarkan...Jika dapat kita bayangkan... 11 vs 11. That all... Apa yang Malaysian Blues nampak positif outcome dari Chelsea.


Apa yang dapat kita banggakan dalam perlawanan ini? Faktanya kita bermain dengan 9 pemain dan terus berusaha. Chelsea tidak duduk diam, kita menyerang, bertahan dan tidak membiarkan ada gol lagi (yes... gol offside). Malaysian Blues taknak menyalahkan MU dengan keputusan-keputusan kontroversi yang berlaku. Tak banyak yang dapat MU lakukan untuk mengelakkan perkara kontroversi dari referee yang kadang-kadang selalu sangat mereka dapat dari referee, tetapi Malaysian Blues dapat lihat inilah antara kenapa mereka menjadi one of the most hated teams.

Ok, Chelsea kini berada dalam fasa penting dalam musim ini. Perlawanan-perlawanan akan datang akan menjadi lebih menarik. Kontroversi-kontroversi yang berlaku malam tadi akan pastinya memberikan impak kepada Chelsea untuk mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang. Apa yang kita harapkan impak positif yang hadir.

Next match... vs MU sekali lagi. Just wait and believe. Keep the Blue Flag Flying High! We still top of the table.



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE