Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, October 30, 2012

BLOG VIEW: DALAM KEPALA PEMINAT BLUES - CHELSEA REAL TITLE CONTENDERS?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:41 AM, under | No comments

Salam to all

Apa yang sedang bermain dalam kepala hotak semua fans Blues? Sehari sudah berlalu tragedi 9 vs 12+ di Stamford Bridge, masih ada yang panas hati?.... 
Sejuk sejukkan diri... life must go on... Chelsea bukan tewas semalam tapi dipaksa untuk tewas... 
No need to worry. Blue flag still and always flying high... agree? Yup.


Biar apa jua keputusan semalam, hari ini Chelsea masih kekal di persada liga. 1 mata di hadapan pencabar terdekat dua kelab Manchester dan 5 mata diatas team AVB ditangga ke4.

Ok, Malaysian Blues ingin melontarkan apa yang bermain di kepala hotak Malaysian Blues ketika ini.
Persoalan kepada semua Blues di serata dunia terutamanya di Malaysia (off course) ~ adakah anda merasakan YA atau TIDAK bahawa kita melihat team kita Chelsea FC sebagai REAL TITLE CONTENDERS musim ini?

Mari kita lihat perjalanan Chelsea sehingga kini. Berada di atas liga, 9 perlawanan. 7 kemenangan, 1 seri, 1 kekalahan. 22 mata, 21 gol, 9 bolos. Perjalanan The Blues musim ini berjalan dengan cukup cemerlang dengan siri kemenangan yang telah dikecapi ke atas Newcastle (home), Arsenal dan Spurs (away). Hakikatnya, walaupun dengan keputusan semalam, apa yang pasti, dapat kita lihat dan rasakan bahawa ada banyak petanda yang cukup baik dapat diambil dari persembahan Chelsea semalam. Kita lihat bagaimana Chelsea memberikan tekanan dan igauan buruk buat MU semalam. Apa yang perlu kita ingatkan semula ialah betapa sibuknya De Gea di gawang MU semalam berbanding Petr Cech. Setuju?


Tiada siapa mungkin berfikir sebelum ini betapa Chelsea akan memberikan impak yang cukup menggegar diawal musim ini. Pembelian Eden Hazard dan Oscar untuk beraksi disamping Juan Mata betul-betul menjadi dan ketiga-tiga mereka sememangnya menyebabkan seribu satu masalah kepada mana-mana pasukan yang Chelsea hadapi.

Jujurnya, Malaysian Blues melihat Eden Hazard menyesuaikan diri dalam kancah EPL lebih pantas berbanding Oscar kerana dia mungkin lebih biasa dengan bolasepak Eropah dan bermain di liga Peranchis sebelum ini tetapi Oscar juga secara magiknya berjaya menyesuaikan diri cukup pantas dan cemerlang jika dikira dia datang dari liga Brazil.


RDM telah menetapkan mindset utamanya untuk membawa Chelsea kembali ke kelompok top four dalam EPL musim ini kerana musim lepas 25 mata memisahkan Chelsea dengan juara EPL, Man City. Tiada siapa yang waras sebenarnya percaya bahawa hari ini Chelsea berada di atas liga jika kita benar-benar jujur, terutamanya selepas pemergian Didier Drogba.

Apa yang dapat anda saksikan setakat ini? Chelsea bermain dengan persembahan yang cukup meyakinkan dan hebat musim ini dan gol-gol Chelsea hadir dari banyak sudut yang berbeza. Ini amat mengujakan setiap peminat Chelsea. Ok, untuk berlaku adil, dalam masa yang sama ketika ini Chelsea perlu memantapkan dan mengetatkan barisan pertahanan yang nampak masih ada kelonggaran. Kita dapat lihat diawal permainan semalam dan tengah minggu lepas. Jangan lupa bagaimana Atletico Madrid lakukan kepada kita di Monaco dulu.

vs Newcastle
Secara keseluruhannya, Malaysian Blues melihat petanda yang cukup-cukup positif telah ditunjukkan dan The Blues telah memberikan respon yang cukup mantap kepada semua persoalan yang diberikan. Kita memberikan jawapan terbaik kepada persoalan dari Newcastle yang menumpaskan kita musim lepas di Stamford Bridge dengan menumbangkan mereka dengan cukup bergaya musim ini. 

Kita dilontarkan persoalan kemampuan kita di Emirates dan sekali lagi kita memberikan respond yang mendiamkan pengkritik-pengkritik dengan kemenangan ke atas Arsenal di laman mereka. Kita diuji lagi dengan banyak persoalan yang memperlekehkan kemampuan The Blues di White Hart Lane dan kita memberikan jawapan dengan come back victory dan persembahan attacking football yang tak dapat mereka tahan. 

Semalam, sekali lagi Chelsea mempersembahkan kepada semua bagaimana kita memberikan MU ujian sebenar mereka dalam tempoh 1/2 jam dan mencipta banyak peluang berbahaya. Jumlah jaringan mungkin berbeza jika tidak kerana De Gea semalam. Jangan lupa, kita "ditamatkan" semalam dengan 9 pemain ketika momentum Chelsea sedang bermaharajalela...


Chelsea kini tinggal Man City untuk dihadapi sebagai salah satu pesaing kejuaraan liga musim ini dan setakat ini kita telah membuktikan yang mampu kita lakukan. Perlawanan menentang City nanti akan datang sekali lagi dengan persoalan-persoalan dengki kepada Chelsea. Jika kita gagal maka kita perlu bersedia untuk lebih bekerja keras dengan baki perlawanan-perlawanan lain tetapi Malaysian Blues yakin The Blues pastinya akan sentiasa bersedia untuk berjuang hingga ke akhir musim dengan misi untuk merangkul kejuaraan. Jika kita berjaya, suara-suara akan bercakap bahawa Chelsea adalah merupakan The Real Contenders untuk EPL musim ini.

Chelsea adalah satu pasukan yang cukup berbeza dalam EPL. Kita sentiasa memastikan tugasan ke atas pasukan-pasukan bawahan dilaksanakan dengan sempurna. Apa yang penting ialah Chelsea mesti memastikan tugasan yang cemerlang week in, week out dan sentiasa fokus untuk memastikan lagi bila mana tiba return match nanti dengan MU, Arsenal, Spurs dan Newcastle. Bermain bermati-matian..

2009/10
So.... adakah Chelsea boleh memanggil diri mereka sebagai REAL TITLE CONTENDERS? Yup, Malaysian Blues pasti dan yakin Chelsea boleh. Perlawanan-perlawanan hujung tahun (musim krismas dan new year) seperti biasa akan menjadi perlawanan-perlawanan tumpuan dan cukup menarik untuk kita melihat dimanakan Chelsea berada menjelang tahun baru 2013. Dari sekarang hingga masanya tiba apa yang penting Chelsea mesti, yup... MESTI memantapkan lagi barisan yang ada, merancang dan sedaya upaya agar momentum yang ada kini berterusan. 

Memasuki Januari, Malaysian Blues yakin RA dan RDM telah punya perancangannya tersendiri untuk musim perpindahan Januari nanti. Jika The Blues berada dalam tahap terbaiknya menjelang Januari dan dengan add on yang mantap (Malaysian Blues say ~ bring on Falcao), maka musim ini bakal musim Chelsea.

Ketika ini, kita masih kekal dipersada liga dan mempunyai benar-benar kemampuan untuk lebih menyengat di hari-hari yang mendatang. Apa yang diharapkan ianya akan terus menerus di baki musim ini.

Apa kata anda Blues? Keep the Blue Flag Flying High!

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE