Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Tuesday, September 11, 2012

BLOG VIEW: BAKI MATCH THE BLUES SEPTEMBER - 5 PERLAWANAN, 5 KEMENANGAN?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:35 AM, under ,,, | No comments

Salam to all...

Dah penat menunggu minggu-minggu tak ada bola? Yup... hujung minggu ini bermula cabaran The Blues untuk meneruskan rentak kemenangan (lupakan kekalahan Super Cup). Ada lima  lagi perlawanan Chelsea sepanjang September. 

Bulan yang cukup sibuk untuk Chelsea. 5 perlawanan dalam 14 hari. Jadual yang agak ketat tetapi yang bagusnya sepanjang September, The Blues tak perlu keluar dari kota London.

Pay back time!
Hujung minggu ini, The Blues akan membuat kunjungan dekat dengan rival Queen Park Rangers. 15 September 10 malam waktu KL. Match Chelsea untuk September macam ni:

Sabtu 15/09 10:00pm - QPR (EPL - Away)
Khamis 20/09 2:45am - Juventus (Champions League - Home)
Sabtu 22/09 10:00pm - Stoke City (EPL - Home)
Khamis 27/09 2:45am - Wolves (League Cup - Home)
Sabtu 29/09 7:45pm - Arsenal (EPL - Away)

Seperti biasa, 1st game selepas international break agak sukar dan perlawanan dengan QPR di tempat lawan boleh kata pertemuan sukar yang The Blues terpaksa hadapi. Musim lepas Chelsea tewas dan menamatkan kareer Anelka di Chelsea. Perlawanan itu juga jangan kita lupa yang mana John Terry dituduh mengeluarkan kata-kata "rasis" kepada Anton Ferdinand (keputusan mahkamah menyebelahi Terry). Apa yang dapat dijangka, suasana panas akan diterima Chelsea dalam kunjungan kali ini. Apapun Malaysian Blues melihat tiada apa yang perlu dirisaukan jika semua pemain yang diturunkan beraksi pada tahap sebenar. Dengan QPR, Chelsea sememangnya lebih baik berbanding QPR dan Malaysian Blues menjangkakan kemenangan berpihak kepada the Blues.
~ keputusan: Chelsea win

Juara Serie A 2011/12 - Juventus
Chelsea kemudiannya akan memulakan cabaran mempertahankan gelaran Juara Eropah dengan menerima wakil Itali, Juventus pada pagi Khamis. Perlawanan peringkat kumpulan yang agak tough untuk Chelsea tetapi bagi memastikan misi untuk menjuarai peringkat kumpulan, the Blues perlu menang dalam perlawanan di tempat sendiri dengan Juventus dan Chelsea mampu menjinakkan mereka.
~ keputusan: Chelsea win

Selepas Juventus, Stoke City di Stamford Bridge lagi. Macam kita tahu, Stoke City adalah pasukan yang agak liat dan mempunyai gaya permainan yang berfizikal tetapi bagi Malaysian Blues, mereka adalah jenis lawan yang mana title contenders seperti Chelsea menang di tempat sendiri. For sure.
~ keputusan: Chelsea win


Kemudiannya The Blues akan bermain sekali lagi pagi Khamis untuk melayan pasukan Championship, Wolves untuk League Cup (tahun ini dikenali sebagai Capital One yang sebelum ini Carling Cup). Bagaimana RDM akan menyusun pemain dan memberikan rehat untuk barisan utama, kita tunggu dan lihat. Apa yang pasti, ianya sepatutnya kemenangan mudah bagi Chelsea. Apa lagi yang diharapkan sebelum kita berkunjung ke Emirates 2 hari selepas match ini. 
~ keputusan: Chelsea win

Akhirnya, perlawanan penutup September. Perlawanan selepas Maghrib waktu KL (so... make sure maghrib dulu... kat London waktu tengahari). Perlawanan yang pastinya menjadi bualan. Apa yang kita nampak setakat ini, Arsenal agak sedikit kental dalam pertahanan mereka musim ini tetapi jelas kelihatan sedikit bermasalah di barisan hadapan untuk menjaringkan gol. Dengan barisan yang Chelsea ada dan percaturan taktikal yang betul oleh RDM, Chelsea mampu untuk menenggelamkan sorakan penyokong The Gunners malam itu. Jika Chelsea menang, perghhhhhh... pasti meriah.
~ keputusan: Chelsea win

Ok. Andai apa yang dirancang menjadi, The Blues akan menutup akaun liga untuk bulan September dengan maksimum 18 mata dan kekal sebagai pendahulu liga. Apa juga berlaku dengan pasukan lain, paling baik pencabar terdekat mungkin 2 mata dibelakang selepas 6 perlawanan liga. Yup, perjalanan liga EPL sememangnya masih jauh, tetapi rentak ini dan momentum yang ada perlu dikekalkan.

Apa yang tidak diingini semua ialah andainya seri atau tewas dengan QPR dan diikuti Juventus melaksanakan "italian job" di Stamford Bridge dan mereka beroleh kemenangan dan kemudiannya kita gagal menang di Emirates. Apa yang berlaku, Chelsea akan menamatkan September dengan hanya 12 mata dan mungkin ketinggalan dengan Man City dan Man United 3 atau 4 mata dibelakang. Mungkin? 

Dont Worry... You can count on me...
So, apa yang kita mahukan? Chelsea mesti menang semua perlawanan dengan mulakan dengan membelasah QPR sebagai mesej amaran kepada semua. Malaysian Blues  yakin The Blues boleh. Tutup sahaja cakap-cakap yang memandang rendah Chelsea,

Chelsea akan melangsaikan tugasan sepanjang September dengan 5 kemenangan?

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Monday, September 10, 2012

SCTV: HARIMAU MALAYA BAHAM GARUDA LAGI! (VIDEO)

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:26 AM, under , | No comments

Salam to all...

SCTV Cup Indonesia. Indonesia U22 0 -1 Malaysia U22..



Skuad Harimau Muda Malaya memastikan rekod manis dengan "rival" serantau Indonesia berterusan milik Malaysia. Jaringan permainan pertahanan K. Rouben minit ke 42 cukup memberikan kemenangan "maruah" kepada Malaysia. Walaupun sebahagian pamain adalah pemain baru yang dibawa Ong Kim Swee ke Jakarta pemainan pantas ditunjukkan serta pertahanan mantap membuatkan stadium Bung Karno yang senyap lebih jadi semakin senyap. Kita layan highlight perlawanan ini.

Note: Stadium Bung Karno hampir kosong tanpa penonton kerana mereka tahu mereka akan kalah. Untuk semua pemain & OKS... tahniah. Keep it up!




Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

BLOG VIEW: MALOUDA... APA KESUDAHANNYA?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:41 AM, under ,, | No comments

Salam to all...


Ready to leave...
Adakah kem Chelsea berada dalam satu keadaan yang kurang menyenangkan? Malaysian Blues tidak fikirkan begitu walaupunapa yang kita baca diinternat ada yang tak menyenangkan. Dengan prestasi memberangsangkan dalam permulaan liga, semuanya berada dalam keadaan baik ketika beberapa perkara perlu diperbaiki oleh RDM.


Florent Malouda. Inilah pemain yang menjadikan carian diinternet berkenaan Chelsea kurang enak dibaca dalam minggu ini. Florent Malouda awal minggu ini membuat posting dalam akaun twitternya bahawa dia dipaksa untuk berlatih bersama skuad bawah 21 tahun Chelsea untuk baki kontrak beliau di Chelsea. Selain daripada itu beberapa laporan keluar menyatakan Florent Malouda dan Paulo Ferreira diarahkan untuk bermain dalam perlawanan persahabatan pasukan simpanan menentang Charlton.


Apa yang dibaca, untuk menjadikan semakin panas, pemain ini diberikan telah diberikan amaran bahawa dia kemungkinan akan kehilangan no. 15 nya minggu ini dimana big boss, RDM akan membuat keputusan.

Selepas beberapa ketika, tidak menunggu lama, diberitakan pula kelab Peranchis, Lyon dikatakan berminat untuk memberikan jalan keluat untuk Malouda dimana adalah agak jelas bahawa pemain ini tidak lagi akan menjadi salah seorang pemain dalam perancangan RDM. Seperti yang kita tahu, pemain antarabangsa Peranchis ini tidak disenaraikan langsung dalam 25 pemain bagi pendaftaran pemain Champions League.


Bagaimana pula anda sebagai peminat the Blues? apa yang dilihat adalah penyokong The Blues terbahagi dalam menyatakan pendapat berkenaan keputusan RDM ke atas Malouda dan seolah apa yang berlaku ketika ini adalah sama dengan apa yang AVB lakukan terhadap Alex dan Anelka musim lalu.

Dalam hal Malouda, bagi Malaysian Blues, apa yang penting dalam melihat tindakan RDM ini, jangan kita lupa bahawa hakikatnya Malouda sendiri sepanjang off season musim panas lalu sentiasa bercakap berkenaan untuk keluar dari Chelsea. RDM jelas menyatakan yang dia akan bertemu dan mendengar apa yang Malouda mahukan sebaik selesai pre-season pada Julai kerana RDM ingin tahu apa fokus Malouda untuk musim ini.

Dengan RDM telah membuat keputusan, kita sebenarnya telah melihat bagaimana Maloda merasakan masa depannya bukan di Chelsea dan dia mencuba untuk berunding dengan beberapa kelab luar sebelum transfer dateline (malouda dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Vasco da Gama di Brazil).

Akhirnya, RDM telah membuat keputusan ini kerana merasakan Malouda tidak mahu berada dalam pasukan musim ini. Mungkin... yup mungkin Chelsea akan "terpaksa" berhadapan dengan pemain yang "agak mahal" tetapi unhappy, marah dan dalam keadaan tak berpuas hati sehinggalah musim perpindahan Januari kelak. Lain daripada itu, ada lagi option untuk RDM untuk menghantar sahaja Malouda keluar sebagai pinjaman. Dalam liga inggeris ada satu tempoh yang boleh kita panggil sebagai "emergency loan period" untuk kelab-kelab bawahan dan ianya telah pun dibuka. Mungkin juga Chelsea secara realistiknya menghantar Malouda untuk dipinjamkan ke kelab yang sedang bersaing dalam liga bawahan (Championship) untuk dia "happy" sehingga Januari.

Ketika ini, adalah tidak dapat dipastikan apa sebenarnya berlaku dalam rundingan Mouluda dan Chelsea. Apapun yang pasti tidak akan menggembirakan semua pihak. Malaysian Blues pasti Malouda mahukan saingan lebih tinggi daripada menyertai kelab bawahan Inggeris tetapi itu sebenarnya lebih baik daripada terpaksa berlatih dengan skuad bawah 21 Chelsea. Ianya juga mungkin baik untuk kelab bagi membunuh segala cerita yang berpotensi menggangu prestasi dan perancangan kelab selain mengurangkan sedikit jumlah dah pay slip pembayaran gaji.

Bagi Malaysian Blues, tiada yang tidak kena dengan apa yang dilakukan oleh RDM ketika ini. Jika ada apa terbaik yang boleh dilakukan ialah persetujuan untuk menamatkan baki kontraknya dan Malouda boleh meninggalkan Chelsea dan menyertai semula bekas kelabnya Lyon (jika laporan yang dibaca itu betul).

Apapun, jika ini berlaku adalah amat kurang manis. Malouda telah melakukan bahagian dia. Hakikatnya bagi   Malaysian Blues,  musim terbaik Malouda adalah ketika musim kejuaran berganda dibawah Carlo Ancelotti. Selain dari itu, persembahannya agak kurang umph. kejap ok, kejap hampeh. Apapun, Malouda tmenjaringkan untuk Chelsea beberapa gol penting dalam perlawanan yang penting dan telah menyumbang dalam beberapa kejayaan Chelsea dan JIKA dia meninggalkan Chelsea dia mungkin akan meninggalkan kata-kata yang kurang menyenangkan tetapi kita ingatlah sumbangan yang dia telah berikan.

RDM... kita minum dulu!
Malaysian Blues - support for RDM. Mungkin anda setuju atau tidak setuju. Kalau hamba, hamba juga akan lakukan yang sama.The Best for The Club. Menyemakkan otak pasal malouda ni.... kita fokus QPR hujung minggu ini.


Sekian.


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


kongsi cerita ini..

Sunday, September 9, 2012

MASIHKAH ANDA INGAT? NEGARAKU - TERHEBAT DALAM SEJARAH! (VIDEO)

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:52 AM, under , | 1 comment

Salam to all...

Full House..
Masihkah anda ingat? Malaysian Blues check posting-posting lama... jumpa yang ni. So republish semula. Hakikatnya tak kiralah kita ni penyokong Chelsea, Liverpool, MU, Arsenal ka, kita peminat Red Warrior, Hoben Jang Hoben Ka.... Kita bersatu dengan HARIMAU MALAYA! Masihkah anda ingat?

Sejarah tercipta bila rakyat bersatu. Lagu NEGARAKU yang dinyanyikan lebih 90,000 peminat bolasepak Malaysia ketika perlawanan Malaysia menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia pada 29/07/11 telah diperkatakan sebagai nyanyian lagu Negaraku yang terkuat dan terhebat dalam sejarah negara.

Anda bangga? Malaysian Blues sangat banga. Walaupun tiada penyukat bunyi yang dapat membuktikannya secara saintifik tetapi itulah hakikatnya. MALAYSIA! TANAH TUMPAH DARAHKU.

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat Hidup, bersatu dan maju
Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan
Raja kita, Selamat bertakhta.
Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan
Raja kita, Selamat bertakhta.



BENAR-BENAR YANG TERKUAT DAN TERHEBAT? Jangan lupa "like" & sharing posting ini jika anda turut berbangga! Jangan lupa 11 September ~ friendly: Malaysia vs Vietnam di Stadium Shah Alam.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

Friday, September 7, 2012

ASHLEY COLE... KONTRAK BARU SEBELUM JANUARI 2013

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:29 AM, under ,, | No comments


Salam to all...
Masih kecewa dengan kegagalan di Super Cup? Lupakan jer lah.. Malaysian Blues pun dah rilex-rilex jer. Mungkin kekalahan itu sebagai peringatan untuk RDM dan pemain-pemain Chelsea bahawa cabaran untuk musim ini sebenarnya lebih getir. Dalam masa Chelsea memperkuatkan barisan pemain dengan pemain-pemain baru perlu juga diingat team-team lain juga berbelanja untuk menguatkan team masing-masing. Apapun Malaysian Blues yakin dengan barisan yang Chelsea ada cuma RDM perlu memikirkan beberapa kelemahan yang mesti diperbaiki segera.

Ashley Cole... STAY!
Ok... hari ini suatu kejutan buat peminat Chelsea bila tersebar berita di internet tentang pemain  pertahanan kiri kesayangan semua Ashley Cole dilaporkan berkemungkinan akan meninggalkan The Blues apabila dikatakan tidak gembira dengan keputusan Chelsea yang hanya menawarkan lanjutan kontrak setahun bersama Chelsea. Kontrak Cole bersama Chelsea masih berbaki setahun lagi sehingga penghujung musim ini.

Pemain berusia 31 tahun ini yang menyertai Chelsea di hari terakhir perpindahan dari Arsenal pada 2006 merupakan pemain utama pertahanan kiri Chelsea yang belum ada penggantinya. Walaupun back-upnya iaitu Ryan Bertrand baru sahaja menandatangani kontrak 5 tahun tetapi bagi Malaysian Blues, kedudukan Cole sebagai pilihan utama RDM masih kekal. Sementara itu Bertrand kerap juga digunakan RDM sebagai pemain wing kiri yang akan membuat covering ketika Cole kehadapan menyertai serangan ketika dalam permainan.

Apa yang Malaysian Blues fikirkan, media sebenarnya hanya memainkan isu kontrak Cole selepas Bertrand sign kontrak baru. Segalanya rumours. Biasa team power macam Chelsea ni.... media akan buat apa2 cerita setiap minggu.





Beat me if u can...
Macam ni, maklumat dari sumber dalaman yang terlibat dalam rundingan kontrak Ashley Cole menolak rumours tersebut dan menyatakan perbincangan berkenaan kontrak baru Cole masih berjalan dan telah bermula ketika off season baru ni. 

Secara umumnya sumber dalaman Chelsea menjelaskan bahawa sememangnya polisi Abramovich ketika ini ialah tidak akan menawarkan kontrak untuk tempoh panjang lebih setahun bagi pemain-pemain melebihi 30 tahun, namun begitu semua pemain dilihat dan dinilai berdasarkan merit dan Ashley Cole dilihat Chelsea sebagai seorang pemain dengan potensi cemerlang untuk beraksi dalam peringkat tertinggi untuk beberapa tahun lagi.

A Chelsea source told "Abramovich has a rule that anyone over 30 can only be given a one-year extension but its madnest in Ashley's case. He trains hard, really looks after himself and can play at this level for many more years to come. There isn't the club in the world who wouldn't  Ashley for free".

Bulan lepas sahaja, Ashley Cole sendiri telah mengakui bahawa rundingan kontrak sedang berjalan dan menafikan laporan yang dia menuntut kenaikan gaji sebanyak 200,000 pound seminggu. Chelsea dilaporkan yakin rundingan akan berjalan lancar dan kontrak baru akan ditandatangani sebelum Januari 2013 yang mana jika tiada keputusan dapat dicapai, pemain ini boleh menandatangani "pre-contract" dengan mana-mana pasukan lain ketika musim perpindahan Januari nanti. 

Seperti yang kita tahu, pemain yang dianggap pertahanan kiri terbaik dunia ketika ini pernah dikaitan dengan Real Madrid sebelum ini. Bukan Madrid sahaja, Malaysian Blues percaya banyak lagi kelab mengidamkannya dan bersedia membayar gaji yang tinggi untuk khidmatnya. 

Sepanjang kariernya dengan The Blues, Ashley Cole telah mendakap Juara EPL (1 kali - 2009/10), FA Cup (4 kali - 2007, 2008, 2010, 2012) dan EUFA Champions League (1 kali - 2012) selain juara League Cup (1 kali - 2007) dan Community Shield (1 kali - 2009). 

A.Cole & Bertrand
Hakikatnya, Ashley Cole sebenarnya takkan tergugat dengan Ryan Bertrand yang baru minggu lepas sign kontrak baru selama 5 tahun. Ini kerana bagi Malaysian Blues dia adalah pemain terbaik pertahanan kiri yang Chelsea ada ketika ini dan jika dia dapat mengekalkan kecergasannya dan mengelakkan kecederaan, posisi itu akan terus miliknya di Chelsea untuk beberapa tahun lagi. Persaingan dengan Ryan Bertrand adalah satu persaingan yang baik untuk Chelsea. Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Bertrand diletakkan bermain di hadapan Cloe oleh RDM.

Come on Blues. 


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...



Thursday, September 6, 2012

KOMEN PENCIPTA LAGU "THE COLOUR IS BLUE" MICHEAL ARMSTRONG DI BLOG MALAYSIAN BLUES.

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:57 AM, under , | No comments


Salam to all...


Hari ni tiada posting menarik nak dikongsikan. Rehat-rehat sahaja. Cuma hari ini ada komen berkenaan posting semalam "ONLY FOR BLUES - LAGU BARU CFC "THE COLOUR IS BLUE 2012" BY MICHEAL ARMSTRONG dari tuan punya diri pencipta lagu Micheal Armstrong. Katanya dia on the way ke Stamford Bridge untuk interview dengan Chelsea TV. Entah dia paham ke tak apa yang Malaysian Blues tulis atau tak. Anyway...  lagu ni memang best.



komen dia 
"Hello Chelsea Friends, thank you so much for posting information about my song! I'm overwhelmed with the response and I'm very grateful. It's all for a very good cause as well as being fun, so I hope some of you will want to buy it on iTunes. If you'd like more details, my website is www.michaelarmstrongmusic.co.uk. I'm off to Stamford Bridge for an interview with Chelsea TV on Thursday and I'm greatly looking forward to it! Thank you again and keep in touch. My Facebook Page is Michael Armstrong Music."

so... sesapa yang nak tahu lebih lanjut berkenaan lagu ni bolehlah ke page dia...
layan sekali lagi...


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Wednesday, September 5, 2012

ONLY FOR THE BLUES - LAGU BARU CFC "THE COLOUR IS BLUE 2012" BY MICHEAL ARMSTRONG

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:49 AM, under ,, | No comments

Salam to all Malaysian Blues fans..


Biasa dengar, menyanyi atau layan lagu CFC "Blue Is The Color"?

Hari ini Malaysian Blues Blogspot mempersembahkan lagu terbaru Chelsea FC dalam blog ini - memang best! "THE COLOUR IS BLUE 2012 - by MICHEAL ARMSTRONG.

The Colour Is Blue 2012 - Michael Armstrong
Ceritanya... satu petang di pertengahan Julai selepas hampir sebulan merancang, Kelab Penyokong Rasmi Blues Timur (Norfolf & Suffolk) (Eastern Blues Official Chelsea Supporters Club - Norfolk & Suffolk)  bersama-sama dengan seorang pemuzik profesional, penulis lagu dan pemegang tiket bermusim East Stand Stamford Bridge iaitu Micheal Armstrong telah berjaya merakamkan lagu baru Chelsea di Drill Hall Music Studio's di Beccles. Walaupun pada mulanya ianya hanyalah suka-suka tetapi lagu ini telah mendapat perhatian dari akhbar The Sun, Chelsea TV dan beberapa media lain yang mahukan cerita disebalik pembikinannya.

Akhirnya dengan kerjasama rakan penaja Chelsea, Right to Play iaitu sebuah organisasi kemasyarakatan sedunia dan akhirnya single untuk lagu ini dikeluarkan untuk jualan seluruh dunia ~ single ada dijual di ITunes, Amazon dan lain-lain.

Dan untuk semua penyokong Chelsea FC di Malaysia, Malaysian Blues Blogspot dengan bangganya ingin menjadi antara yang terawal mempromosikan lagu ini di Malaysia ~ khas untuk semua rakan The Blues seluruh negara....

Inilah dia... THE COLOURS IS BLUE 2012 music video... layan blues!!!!! kuatkan speaker anda!!!



Lyrics by Michael and Tommy Armstrong
Music by Michael Armstrong
Produced by Michael Armstrong

THE COLOURS IS BLUE 2012

Verse 1
Home from Munich, hanging for three days
Watched it ten times over, still amazed
Streets of London, flags on every door
Now who ain't got no history no more
Still, you can defy fatigue
Win the Champions League and a domestic too
Double it up and you know that the colour is blue

Chorus
I don't wanna talk 'bout Emirates
I don't wanna go to White Hart Lane
I don’t wanna walk alone at Anfield
Right up North in wind and rain
I don't even wanna think about Old Trafford
The Etihad has had its day
Gonna take 'em home to Stamford Bridge
And then we'll show them how to play

Verse 2
Praise Roberto, found the Holy Grail
When all around they said we'd only fail
Now, lead us to better things
What the future brings is our history
A legend you were, now you are and you always will be

Chorus
I don't wanna talk 'bout Emirates
I don't wanna go to White Hart Lane
I don’t walk alone at Anfield
Right up North in wind and rain
I don't even wanna think about Old Trafford
The Etihad has had its day
Gonna bring 'em home to Stamford Bridge
And then we'll show them how to play

Verse 3
So long Drogba, we know your blood is blue
There'll always be a special place for you
Spurs will play on Thursday night because we got it right
And we will again
Sing for the team with the heart that is ten out of ten

Chorus
I don't wanna talk 'bout Emirates
I don't wanna go to White Hart Lane
I don't wanna walk alone at Anfield
Right up North in wind and rain
I don't even wanna think about Old Trafford
The Etihad has had its day
Gonna take 'em back to Stamford Bridge
And then we'll show them how to play

I don't wanna talk 'bout Emirates
I don't wanna go to White Hart Lane
I don't wanna walk alone at Anfield
Right up North in wind and rain
I don't even wanna think about Old Trafford
The Etihad has had its day
Gonna take 'em back to Stamford Bridge
And then we'll show them how to play

Ada nampak DAVID LUIZ ditengah?..
sumber/source - http://www.chelseadaft.org/2012/09/new-chelsea-fc-song-colour-is-blue-2012.html

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...



Tuesday, September 4, 2012

BLOG VIEW: RAUL MEIRELES... SELAMAT MAJU JAYA!

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 2:02 PM, under ,, | No comments

Salam to all...

Meireles Sold!.... chelseafc.com
Malaysian Blues tersentak semalam. Selepas terhentak kepala selepas di"ayam"kan Atletico Madrid pagi Sabtu lepas dan selepas hilang jejak Hulk, Cavani atau Schurlle di penghujung musim perpindahan semalam terkejut lagi dengan penjualan Raul Meireles ke Fenerbahce. 8 juta pound membawa Meireles ke Turki.

Sedikit rasa kecewa hari ni bila Raul Meireles ke Fenerbahce. Dari kaca mata Malaysian Blues, Meireles sebenarnya mempunyai rate agak tinggi dan percaya dia telah di"under-rate" sepanjang kareer yang pendeknya bersama Chelsea. Perpindahan ini mengejutkan dan mengecewakan bagaimana Chelsea melepaskan dia. Bukan hanya kerana Malaysian Blues menilai dia tetapi tindakan ini menyebabkan kita kehilangan seorang lagi pemain yang berfungsi sebagai deeper centre midfield.


Meireles menjalani kareer bersama Chelsea dengan cukup baik. Pemain midfield yang versatile yang boleh diletakkan dimana-mana bahagian midfield jika diperlukan. Tidak dapat dinafikan, aksinya mungkin terhad untuk musim ini dengan kehadiran beberapa pemain baru yang mantap tetapi kehadirannya dalam skuad Chelsea cukup penting.

Dengan Essien diloankan ke Real Madrid (satu lagi yang mengejutkan.... kita boleh jangka Essien juga akan hanya bertindak sebagai barisan back-up bagi Real Madrid), kita hanya ada tinggal Mikel, Lampard, Romeu, Ramires dan mungkin Oscar yang mampu bertindak sebagai deeper role midfielder. Mungkin di atas kertas, tak lah teruk sangat tetapi masih membimbangkan Malaysian Blues. Lampard telah mula menunjukkan rentak perlahan dalam permainannya manakala Ramires lebih ditumpukan sebagai wing kanan. Romeu masih kurang "kematangannya" manakala Oscar lebih berpotensi untuk bergerak lebih advance ke hadapan. Yup... situasi ini memberikan sedikit kebimbangan bagi Malaysian Blues. Harapnya kita tidak berhadapan dengan banyak kecederaan... Ikhlasnya, Malaysian Blues kurang paham bagaimana untuk memikirkan tentang penjualan Meireles.

Memang memeningkan. Bagi Malaysian Blues - kecuali RDM mempunyai perancangan untuk membawa mana-mana pemain yang berstatus tak berkelab "free agent", Chelsea akan kekurangan pemain untuk mengisi kekosongan Meireles. Apa mungkin RDM terfikir untuk membawa masuk Micheal Ballack yang kini 34 tahun yang sekarang ini "free agent"? mungkin idea yang ok. Entahlah.. mungkin juga bukan jawapannya... Atau membawa balik Josh Mceachran dari Middlesborough?

Micheal Ballack... good old days!
Come on RDM.... harap telah mempunyai perancangan yang sebaiknya untuk Chelsea.

Kepada RAUL MEIRELES, selamat maju jaya. Mungkin over-rate tetapi Malaysian Blues memberikan rate 7/10 untuk sumbangan Meireles sepanjang aksi terhad dan singkatnya di Chelsea.

Meireles amazing goal vs Benfica!


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...



MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...