Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Monday, August 20, 2012

2012/13 STARTING LINE: 3 MATA PENTING BUAT CFC. Wigan 0 - CHELSEA 2

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:18 AM, under ,,,, | 1 comment

SELAMAT HARI RAYA. WIGAN 0 - 2 CHELSEA.

Ivanovic. Gol pertama Chelsea minit 2.
3 mata penting malam ini buat CFC untuk memulakan musim 2012/13. EDEN HAZARD menjustifikasikan mengapa Chelsea membayar 32 juta pound untuk khidmatnya. Aksi man of the match Hazard dalam perlawanan liga Inggeris pertamanya dengan Chelsea. 2 assist yang berharga untuk memastikan Chelsea menang di gelanggang lawan malam ini.

7 minit pertama sahaja 2 gol diledakkan Chelsea apabila BRANISLAV IVANOVIC menyempurnakan gerakan cantik dari Hazard yang memperdayakan pertahanan Wigan. GOL!!! Chelsea seakan nak kenduri gol malam ni apabila Hazard dijatuhkan dalam kotak penalti di minit ke7 dan FRANK LAMPARD melangsaikan penalti untuk Chelsea kukuh 2-0 dihadapan.

 

Harapan untuk kenduri gol malam ni tak tercapai bila Wigan mula memperkemaskan barisan mereka.

Penalti Lampard.
Secara keseluruhannya barisan Wigan menguasai possession. Namun Chelsea berjaya mempertahankan kelebihan 2 gol hingga ke minit akhir permainan. Marvelous. 3 mata untuk Chelsea. Internet pun tak cukup best nak sembang panjang. Oscar juga beraksi untuk kali pertama untuk Chelsea dan persembahan cukup memberangsangkan. Sayang Torres tak score malam ni.

Eden Hazard - MAN OF THE MATCH

Debut OSCAR
Banyak yang boleh diperkatakan tetapi apakan daya hamba tak dapat nak tengok live malam ni. Raya di kampung internet amat hampeh.. macam coklat chipsmore kejap ada kejap tak ada. Astro kat kampung pulak tak subscribe sports channel. Anyway.. baca report sahaja. Tengah2 malam internet ok sikit untuk result Wigan 0 - 2 Chelsea. Dapat jugak nak update blog ni sikit2.
Baca jer report di chelseafc.com. http://www.chelseafc.com/news-article/article/2891383


Line-up Wigan vs Chelsea.
Cech, Ivanovic, David Luiz, Terry, A.Cole, Mikel, Lampard, Mata, Bertrand, Torres
subs: Oscar (Hazard 63), Mireles (Mata 82), Turnbull, Cahill, Ferreira, Essien, Sturridge.

KTBFFH... looking foward 1st match di Stamford Bridge - Chelsea vs Reading.

SELAMAT HARI RAYA DARI HAMBA UNTUK SEMUA.



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...

Saturday, August 18, 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG MALAYSIAN BLUES - THE CHELSEA FC

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 3:46 AM, under ,,, | No comments

SELAMAT DATANG KE BLOG MALAYSIAN BLUES - THE CHELSEA FC




Salam to all. 
Selepas sekian lama berehat berblogging.. kini timbul semangat baru untuk menghidupkan kembali blog yang hampir bersarang labah-labah... hahaha.

Blog ini asalnya adalah blog personal bersembang berkenaan sukan terutama bolasepak Malaysia & Chelsea dengan nama BLOG DARI STADIUM (http://daristadium.blogspot.com) sejak 2010.


Memandangkan hampir kebanyakannya adalah cerita tentang Chelsea (for sure saya fans Chelsea), so aku mengambil keputusan untuk menjenamakan semula blog ini sebagai MALAYSIAN BLUES - THE CHELSEA FC dan alamat ditukarkan kepada http://malaysianblues.blogspot.com pada Ogos 2012. Sebahagian besar entri post blog asal BLOG DARI STADIUM telah dideletekan dan proses kemaskini wall background, link dan sebagainya sedang giat dijalankan (kalau ada kerajinan).

Blog MALAYSIAN BLUES ini tiada kaitan dengan mana-mana entiti Chelsea FC dalam apa jua keadaan. Ianya hanyalah satu blog persendirian peminat Chelsea FC (hamba la tu.)

Tiada tujuan komersial dengan penjenamaan semula blog ini. Hanya sekadar bersembang dan luahan pendapat serta perkongsian maklumat untuk rakan-rakan peminat-peminat Chelsea FC di seluruh Malaysia.

Oleh kerana itu dan kerana blog ini adalah blog suka-suka maka secara sukanya hamba nak update atau tidak. InsyaAllah kalau diizinkan Allah ada kelapangan maka hiduplah blog ini.

MALAYSIA - I am not less Malaysian when i support Chelsea FC. Hamba anak jati merdeka negara yang tercinta MALAYSIA dan semestinya pasukan Harimau Malaya adalah pasukan utama hamba. Pastinya blog ini akan memaparkan juga kisah dan cerita HARIMAU MALAYA.

Why I am Chelsea? Kenapa saya memilih Chelsea?
Klik sini dari untuk baca segamat ke stamford bridge (entri post ini adalah entri dalam blog asal terdahulu BLOG DARI STADIUM pada permulaan musim EPL yang lepas 2011/12).

Oklah.... cukup sini dulu. Kepada semua fans Chelsea... jenguk2 lah blog hamba ni....

KEEP THE BLUE FLAG FLYING HIGH.




















Berikan komen anda tentang cerita ini..

Friday, August 17, 2012

CHELSEA NEW SAMBA - OSCAR

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:49 AM, under , | No comments


OSCAR No. 11.
Nama penuh: Oscar dos Santos Emboaba Junior. 
Umur 21 tahun. Sah milik Chelsea pada 25 Julai 2012.
Memulakan karier bolasepak profesional dengan menyertai pasukan akedemik bolasepak dengan kelab Sao Paulo. Kemudiannya berhijrah ke kelab Internacional. 

Beraksi di peringkat antarabangsa dengan mewakili Brazil dari peringkat bawah 15 hingga bawah 20 tahun. Penampilan pertama dalam pasukan senior Brazil pada September 2011 dimana dia dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang musuh ketat Argentina. Menjuarai kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun dengan meledak hatrik ketika menentang Portugal dalam perlawanan akhir yang berkesudahan Brazil menang 3-2.
Saksikan video skill Oscar.

WELCOME TO CHELSEA.





Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...

CHELSEA NEW BLOOD - EDEN HAZARD

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:44 AM, under , | No comments

THIS IS EDEN HAZARD.



Hahahaha... Eden Hazard sah menjadi milik Chelsea. Mari kita kenal-kenal dengan di budak Hazard ni..

Eden Hazard merupakan salah seorang pemain yang menjadi bualan dan rebutan kelab-kelab utama dunia sejak setahun dua ini selepas beliau menunjukkan aksi menakjubkan ketika bermain untuk kelab Lille dalam liga Peranchis. Sebelum ini Manchester United dan Manchester City dilihat sebagai favourite untuk menandatangani beliau sehinggalah Chelsea memenangi Liga Juara-juara Eropah pada May 2012. Akan menggunakan no. 17 di Chelsea.

Dilabel sebagai "little Messi" oleh bekas jurulatihnya Claude Puel, Hazard adalah sebahagian pemain Lille yang memenangi kejuaraan berganda liga dan France Cup pada 2010/11 dan merupakan pemain termuda yang pernah memenangi Ligue 1 Player of the Year di musim yang sama. 
Hanya baru berusia 21 tahun, Hazard memulakan karier di Lille ketika berusia 16 tahun pada November 2007 dan kini talah mempunyai sekurang-kurangnya 26 cap untuk negaranya Belgium. Dia dipilih sebagai Player of the Year liga France (Ligue 1) 2 tahun berturut-turut pada 2011 dan 2012. Sebelum itu dia juga dipilih Young Player of the Year dua tahun berturut-turut pada 2009 dan 2010.

Pada 2011, pemain muda ini membantu Lille menjuarai liga dan menjaringkan sebanyak 17 gol. Pada musim terakhirnya bersama Lille, Eden Hazard menjaringkan 21 gol dalam 48 perlawanan dan membuat 18 assist. Lilie menamatkan musim lepas di tempat ke3 di belakang Montpellier & Paris St Germain.

Eden Hazard menyertai Chelsea dalam jelajah pre-season di USA dan menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya bersama Chelsea ketika perlawanan persahabatan dengan Settle Sounders.

Adakah Eden Hazard akan menyerlah dalam musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris? Yup... mesti! Hahahaah


Video: Eden Hazard untuk Chelsea USA Pre-season Tour 2012.


Video: Eden Hazard... Siapa EDEN HAZARD?

MalaysianBlues note:
HAZARD 17.... Welcome to Chelsea! 

Berikan komen anda tentang cerita ini..

CHELSEA NEW BLOOD - MARKO MARIN

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 1:38 AM, under , | No comments


MARKO MARIN - Chelsea New Blood.
Siapakah Marko Marin? Sebelum Chelsea mengumumkan beliau sebagai pemain Chelsea, agak kurang yang kita dengar berkenaan Marko Marin.

Marin dibawa masuk ke Chelsea daripada kelab Bundesliga German, Wender Bremen dengan nilai perpindahan sekitar 8 juta pound pada April 2012. Pemain kebangsaan German berusia 23 tahun ini lahir di Bosnia & Herzegovina dan berhijrah ke Germany ketika kecil bersama keluarganya. Memulakan karier bolasepak profesional di kelab Borrusia Monchegladbach sebelum menyertai Werder Bremen pada tahun 2009.



Pemain attacking midfield ini beraksi sebanyak 87 perlawanan liga Germany sebelum menyertai Chelsea dan menjaringkan 12 gol keseluruhannya. Pada tahun 2010 bermain dalam perlawanan akhir Germany Cup tetapi tewas ditangan Bayern Munich. Marko Marin akan menggunakan no. 21 di Chelsea.

Marin menyertai skuad Chelsea dalam jelajah pre-season 2012 di USA dan menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea ketika perlawanan persahabatan menentang Seattle Sounders.


Welcome to Chelsea. Enjoy this video...


Berikan komen anda tentang cerita ini..

Thursday, August 16, 2012

CHELSEA FC... KING OF EUROPE

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 4:00 PM, under ,, | No comments



WE ARE THE KING! KING OF EUROPE.
Malas nak tulis apa-apa... cuma PUAS HATI!


Kita layan sahaja video-video ni yang dikutip dari Youtube. Enjoy... KTBFFH!

CHAMPIONS LEAGUE FINAL - Highlight. layan jer... entah bahasa apa...


CHELSEA - CHAMPIONS OF EUROPE 2012



Again all odds...
CHELSEA FC - ROAD TO MUNICH 2012


And this is in my house.. 6.00am. Klang, Selangor.

Full HD... We're Champion.

Salute the legend... DROGBA 

Keep The Blue Flag Flying High...

















entri ni... copy paste dari laporan http://www.thesun.co.uk selepas kemenangan Chelsea FC.

CHELSEA were crowned European champions last night after a dramatic penalty shootout in Germany.

Against ridiculous odds that had seen the Blues face Bayern Munich in their own backyard, they were even forced to take spot-kicks in front of the end housing their rivals’ supporters.
For Blues owner Roman Abramovich, this was not a dream, it was an obsession. In his nine years at Stamford Bridge, he has axed eight managers, signed 66 players and spent over £1billion.
But even the Russian could not have imagined that an ageing squad and a rookie manager would finally bring home the trophy he describes as football’s holy grail.

Read more: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4326693/Chelsea-win-the-Champions-League-Champions-League-Final-2012-match-report.html#ixzz23pQKfUfh

Wednesday, March 28, 2012

CHAMPION LEAGUE 2012 - AWAY WIN CHELSEA & REAL MADRID

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 7:26 PM, under ,,,,, | No comments

UCL 2012 - Quarter Final 1 (1st Leg) 
SL Benfica 0 : 1 Chelsea FC


Gol kemenangan Chelsea oleh Salomon Kalou
Chelsea FC meraih kemenangan berharga 1-0 di tempat lawan apabila menumpaskan SL Benfica pagi tadi. Percaturan Roberto de Matteo untuk meletakkan beberapa nama yang kurang "menyengat" untuk kesebelasan utama pada mulanya agak menggusarkan peminat The Blues. Fernando Torres & Salomon Kalou dipilih manakala Didier Drogba dan Daniel Sturridge hanya berada di bangku simpanan. Raul Mireles & Mikel dipilih meletakkan Frank Lampard & Essien dibangku simpanan. 


Apa yang pasti percaturan ini tampak berhasil sebaik perlawanan dimulakan apabila Chelsea lebih banyak mengasak kubu pertahanan lawan. Permainan kemudiannya nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang dan beberapa kali mempunyai peluang besar untuk menjaringkan gol. Misi mendapatkan gol ditempat lawan akhirnya berjaya diraih Chelsea apabila Torres yang semakin menjadi berjaya melepaskan diri dari pertahanan Benfica dan hantaran bersihnya disudahkan dengan kemas oleh Salomon Kalou pada minit ke 75. Bekal 1 gol ditempat lawan ini amat berharga buat Chelsea sebagai deposit untuk perlawanan kedua di Stamford Bridge minggu hadapan.


UCL 2012 - Quarter Final 2 (1st Leg) 
Apoel FC 0 : 3 Real Madrid


Benzema - 2 gol
Real Madrid kini berada sebelah kaki untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir apabila membenam pasukan Apoel FC di laman lawan yang langsung tidak diberi peluang dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Karim Benzema menyumbat 2 gol pada minit ke 74 dan 90 manakala pemain kebangsaan Brazil, Kaka menyumbat 1 lagi gol pada minit ke 82. 


Dengan bekalan 3 gol ditempat lawan, Real Madrid tampak pasti akan berada di peringkat separuh akhir.



Blog dari stadium note: BRAVO MY CHELSEA!


Berikan komen anda tentang cerita ini..



CHELSEA ALL ALONE IN CHAMPION LEAGUE TONITE!

CHAMPION LEAGUE 2012 - QUARTER FINAL.
Benfica vs CHELSEA
Live Astro 28 Mac 2012. 2.45am.



Selepas 6 tahun, malam ini Chelsea bersendirian sebagai wakil tunggal Liga Perdana Inggeris bersaingan dalam perlawanan peringkat suku akhir pertama Champion League 2012. Chelsea bertandang ke Lisbon untuk menentang Benfica dalam saingan suku akhir ini.

Pada 2005/06, Arsenal menjadi pasukan tunggal Liga Perdana Inggeris dalam pusingan suku akhir yang mana mereka menumpaskan Juventus diperingkat suku akhir dan seterusnya menewaskan wakil Sepanyol Villareal di saingan separuh akhir. Langkah Arsenal menjulang Champion League 2006 musnah bila ditewaskan oleh satu lagi wakil Sepanyol, Barcelona di perlawanan akhir.

Musim 2006/07, 3 pasukan dari EPL menjejakkan kaki ke suku akhir iaitu Liverpool, Manchester United & Chelsea. Liverpool dan Chelsea melangkah ke separuh akhir dan diundi bertemu sesama sendiri manakala Manchester United bertemu AC Milan dalam satu lagi separuh akhir. Liverpool mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan Chelsea. Impian untuk 2 pasukan EPL bertermu di perlawanan akhir tidak kesampaian apabila Manchester United tumpas kepada AC Milan. Wakil Itali menjulang kejuaraan menewaskan Liverpool.


2007/08 - Arsenal, Chelsea, Liverpool & Manchester melengkapkan 4 EPL big four di suku akhir UCL 2008. Manchester United merangkul kejuaraan pertemuan dengan Chelsea selepas penentuan sepakan penalti.

2008/09 sekali lagi 4 pasukan ini layak ke suku akhir. Chelsea menumpaskan Liverpool di peringkat suku akhir untuk bertemu Barcelona di pelawanan separuh akhir yang penuh kontrovesi. Jaringan lewat Andres Iniesta membawa Barcelona sekali lagi ke perlawanan akhir dan menewaskan Manchester United dalam perlawanan akhir untuk menjulang kejuaraan untuk 2 tahun berturut-turut.

2009/10 - Arsenal & Manchester United layak ke suku akhir dan tewas masing-masing kepada Barcelona dan Bayern Munich. Inter Milan menjuarai UCL menumpaskan Bayern Munich dalam perlawanan akhir di Stadium Bernabau, Sepanyol.

2010/11 - Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Wembley. Hanya Chelsea dan Manchester United layak ke suku akhir dan diundi sesama sendiri. MU menewaskan Chelsea dengan aggregat 3-1 tetapi akhirnya kecundang dalam perlawanan akhir dengan Barcelona.......


29 Mac 2012 - Saingan suku akhir Champion League 2012 bermula. Selepas Liverpool lenyap dalam dunia UCL sejak beberapa tahun ini, Manchester City mengambil alih tempat Liverpool untuk bersama-sama regular Man United, Chelsea & Arsenal bersaing dalam UCL 2012. Arsenal adalah satu-satunya pasukan yang awal menempatkan diri ke peringkat 16 pasukan terbaik apabila mengetuai kumpulan F yang terdiri drp Lyon, Marseille & Dortmund. Chelsea terpaksa menunggu hingga perlawanan terakhir untuk mengetuai kumpulan E yang terdiri daripada Laverkusen, Valencia & Genk. Manakala Man United & Man City lemas diperingkat kumpulan.

Arsenal yang bertemu AC Milan diperingkat kalah mati mencorak jalan sukar bila dibelasah 0-4 di San Siro dalam perlawanan pertama. Kebangkitan di tempat sendiri dalam perlawanan kedua untuk melenyapkan kelebihan 4 gol AC Milan nampak seperti menjadi apabila meledak 3 gol pada separuh masa pertama namun hilang punca mencari 1 lagi gol untuk menyamakan kedudukan di separuh masa kedua. Arsenal terkeluar tewas aggregat 3-4.

Seperti Arsenal, Chelsea yang dilanda masalah dalaman melibatkan pemain dan pengurusnya AVB menempah jalan sukar dalam perlawanan pertama di Itali. Wakil Itali, Napoli menjinakkan Chelsea 3-1. Namun begitu seperti menolak ramalan awal, Chelsea yang tanpa pengurus tetap selepas AVB dipecat, mempamerkan persembahan menakjubkan membenam Napoli 4-1 di Stamford Bridge untuk melangkah ke suku akhir bersendirian dengan aggregat 5-3.


Kini, Chelsea sendirian menggalas sebagai wakil EPL diperingkat suku akhir bertemu Benfica.
COME ON CHELSEA! 


Blog Dari Stadium - CHELSEA! CHELSEA! Hahahaha

Berikan komen anda tentang cerita ini..

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...