Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Monday, August 20, 2012

2012/13 STARTING LINE: 3 MATA PENTING BUAT CFC. Wigan 0 - CHELSEA 2

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 12:18 AM, under ,,,, | 1 comment

SELAMAT HARI RAYA. WIGAN 0 - 2 CHELSEA.

Ivanovic. Gol pertama Chelsea minit 2.
3 mata penting malam ini buat CFC untuk memulakan musim 2012/13. EDEN HAZARD menjustifikasikan mengapa Chelsea membayar 32 juta pound untuk khidmatnya. Aksi man of the match Hazard dalam perlawanan liga Inggeris pertamanya dengan Chelsea. 2 assist yang berharga untuk memastikan Chelsea menang di gelanggang lawan malam ini.

7 minit pertama sahaja 2 gol diledakkan Chelsea apabila BRANISLAV IVANOVIC menyempurnakan gerakan cantik dari Hazard yang memperdayakan pertahanan Wigan. GOL!!! Chelsea seakan nak kenduri gol malam ni apabila Hazard dijatuhkan dalam kotak penalti di minit ke7 dan FRANK LAMPARD melangsaikan penalti untuk Chelsea kukuh 2-0 dihadapan.

 

Harapan untuk kenduri gol malam ni tak tercapai bila Wigan mula memperkemaskan barisan mereka.

Penalti Lampard.
Secara keseluruhannya barisan Wigan menguasai possession. Namun Chelsea berjaya mempertahankan kelebihan 2 gol hingga ke minit akhir permainan. Marvelous. 3 mata untuk Chelsea. Internet pun tak cukup best nak sembang panjang. Oscar juga beraksi untuk kali pertama untuk Chelsea dan persembahan cukup memberangsangkan. Sayang Torres tak score malam ni.

Eden Hazard - MAN OF THE MATCH

Debut OSCAR
Banyak yang boleh diperkatakan tetapi apakan daya hamba tak dapat nak tengok live malam ni. Raya di kampung internet amat hampeh.. macam coklat chipsmore kejap ada kejap tak ada. Astro kat kampung pulak tak subscribe sports channel. Anyway.. baca report sahaja. Tengah2 malam internet ok sikit untuk result Wigan 0 - 2 Chelsea. Dapat jugak nak update blog ni sikit2.
Baca jer report di chelseafc.com. http://www.chelseafc.com/news-article/article/2891383


Line-up Wigan vs Chelsea.
Cech, Ivanovic, David Luiz, Terry, A.Cole, Mikel, Lampard, Mata, Bertrand, Torres
subs: Oscar (Hazard 63), Mireles (Mata 82), Turnbull, Cahill, Ferreira, Essien, Sturridge.

KTBFFH... looking foward 1st match di Stamford Bridge - Chelsea vs Reading.

SELAMAT HARI RAYA DARI HAMBA UNTUK SEMUA.



Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...

1 comments:

And how can you go about finding the right debt advice is a debt debt consolidation business consolidation loan can help you with your cash issues.
You are supposed to pay a debt consolidation loan easily.


Also visit my website; find more info

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...